najwamf

Disclaimer


Assalamualaikum et bonjour.

May Allah grants you with all His blessings, loves and prosperities

EXIT



Entries About Link Stuff

Rewind



Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Usui's
Others:   
Dear Muhajirin
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh

Tumblr


Tahun baru, jiwa baru, perubahan baru. Hijrah bukan berkmaksud perpindahan dari sesuatu tempat sahaja. Tapi berhijrah dari segi mental dan fizikal. Berhijrah ke arah yang lebih baik. Dari sesuatu yang jahil kepada perubahan yang baik. Berhijrah memang susah. Sangat susah sebenarnya. Banyak aral yang melintang. Mungkin ada yang terpesong di saat penghijrahan. Ada yang jatuh ketika di jalanan. Bajet alim. Talam dua muka. Sengaja menunjuk. Sombong. Ya, semuanya. orang yang berhijrah akan diuji. Akan dihina. Akan dicaci. Dan mereka, hanya melihat luaran. Nawaitu kita hanya Allah yang tahu. Di saat kita bermuhasabah, di saat kita ingin berubah, di saat istiqamah kita diteruskan ..

"Kenapa nak berhijrah ?"
"Dah kena musibah baru nak ingat Tuhan ?"
"Ini hangat-hangat taik ayam je."
"Kau tengok sejam lagi, jahiliah balik dia."
"Eh, taiko jadi alimlah !"
"Takyah nak nasihat org sgtlah, kau tu pun 2x5 je."
"Kubur lain-lain kak."
"Sombong. Tak pandang aku langsung, puihhh !"

Dan di saat-saat ini, pasti ada yang ..

"Ahh, nanti org ckp aku kolot pakai tudung labuh."
"Heh, taiko mana boleh jadi baik."
"Esok-esoklah taubat, bukan nak mati lagi pun."
"Takyah aku sibuk. Nanti dia ckp busy body."

Dan berapa ramai yang ..

"Alhamdulillah, syukur aku mampu berhijrah."
"Ya Allah, terima kasih atas petunjuk-Mu."
"Pandanganku perlu dijaga."
"Nawaituku tak mampu mematikan istiqamah ini."

Muhajirin, listen ! Hijrah kita bukan untuk mereka. Hijrah kita untuk diri sendiri. Kerana Allah Taala. Biar mereka tidak tahu. Biar mereka berkata. Tetapi hanya Allah yang menilai. Alah, mulut orang mana boleh tutup kan ? Just let them and move forward. Insyaallah we can ! Astaghfirullah for our past. Alhamdulillah for now. And Insyaallah for our future. Saya sedang istiqamah. Saya sedang berhijrah. Dan mereka sedang berkata-kata. Satu nasihat sejuta makna. Wallahua'lam. 


HAK MENILAI ADALAH HAK MUTLAK YANG MAHA ESA



Older Post | Newer Post