Disclaimer
Entries About Link Stuff Credits
| Jauhnya kami dari-Mu
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh
"Solat itu tiang agama." pernah dengar ? Beerti tiada agama bagi yang tidak solat. Solat, kewajipan seorang muslim. Solat itu bukan harus, bukan sunat, malah hukumnya WAJIB. Tetapi kenapa meninggalkan kewajipan yang satu itu ? Solat ada 13 rukun. Ini pun ada yang tak tahu. Memang dah akhir zaman.
Niat.
Berdiri tegak.
Takbiratul ihram.
Membaca Al-Fatihah.
Ruku'.
I'tidal.
Sujud.
Duduk antara dua sujud.
Duduk tahiyatul akhir.
Membaca tahiyatul akhir.
Selawat ke atas nabi.
Memberi salam.
Tertib.
"Doa itu senjata orang mukmin." pernah dengar ? Rasa-rasanyalah, berapa orang yang lepas solat tak pernah miss doa ? Jarang sangatlah ! Orang mukmin sentiasa berdoa. Alhamdulillah kerana anda tak pernah tinggalkan doa.
"Al-Quran pedoman hidup manusia." pernah dengar lagi ? Pernah. Dah tu kenapa tak baca Quran ? Aih, takkan dah khatam sekali terus lupa kot. Teringin nak sesat dari jalan Allah ke ? Al-Quran tu penting untuk kehidupan. Setiap perbuatan, perkataan dan apa sahaja yang kita buat mestilah berlandaskan ajaran Al-Quran. Kitab suci umat Islam, terpelihara hingga kiamat. Subhanallah !
|