najwamf

Disclaimer


Assalamualaikum et bonjour.

May Allah grants you with all His blessings, loves and prosperities

EXIT



Entries About Link Stuff

Rewind



Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Usui's
Others:   
Cerpen : Sweet tak ?
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh



Tahun pertama.


"Ehem-ehem." Nashwa tayang sengih.

Eh? Berkerut dahi Haifa. Jari telunjuknya menunjuk ke arah diri sendiri. 'Dia cakap dengan aku ke? Why isn't she asleep yet?'

"Assalamu'alaikum. Second intake?"

"Wa'alaikumussalam. Ah, ya. Haifaa' Fellah." Salam ukhuwah dihulur.

"Nashwa. Comel nama. Secomel orangnya."

"You too. Nashwa. Fragrance, rite?" Nashwa mengangguk. "Eh ?" Dahi Haifaa' berkerut. Jam tangan dipandang sekilas.

"It's 3 in the morning."

"Yeah. And that's what we called 'roll call'. Kalau bukan dorm ni, surely dorm bawah yang buat hal. Haih." Keluhan dilepaskan. Tak larat nak dengar warden pot pet pot pet pepagi buta ni.

"Wah, maktab so strict." komen Haifaa'. Maklumlah, diakan second intake. Apa sangatlah yang dia tahu tentang MRSM.



'You were like why-is-this-stupid-bell-ringing-at-three in the morning. Muka suci je masa tu. Blur habis. Just like you don't know anything about hostel life. Haifaa' Fellah, kau ingat aku lagi tak eh?' Majalah sekolah disimpan rapi. Terjatuh beberapa keping kertas yang terselit di dalam majalah itu.

"Allahu !" Terkejut Nashwa. Sesaat kemudian terlakar pula sengihan. Dibacanya satu persatu qaul demi qaul. Terlayar sesi ta'aruf yang mengikat dua ukhuwah. Sesi perkenalan semasa waktu prep benar-benar menggelikan hatinya. Macam budak-budak ! Main pass kertas pulak. Sweetnya kita !

-Ehem. Assalamu'alaikum =)

-Haip. Wa'alaikumussalam.

-Friendship till jannah?

-Jazakillah. Sure. Mind ta'aruf?

-Qaireen Nashwa binti Amir Ayyash | Nashwa for short | 13 on 3/2 | ERT  | Terengganu
How about you, sis?

-Haifaa' Fellah binti Nashrique | 13 on 23/10 | PD | Penang


Ketawa kecil Nashwa. 'Haifaa' Fellah. Namanya saja sudah menunjukkan dia kacukan Arab. Singkatnya waktu. Knowing you for just three years really changed me 360 degrees !'


*****

"Qaireen Nashwa."

"Yeah?"

"Waktu prep memang kena pakai baju kurung eh?"

"Compulsory, sis." Senyuman ikhlas diukir. Bibir Haifaa' mengukir bentuk 'O'.

"Haifaa', kenapa selalu panggil nama penuh aku?"

"Kerana itu namamu, sodiqati. Nama yang akan ditalkinkan kelak. Nama yang akan disoal Rabbi kelak. Dan nama yang mencerminkan diri kau."

"Mencerminkan diri aku?"

"Kau pernah dengar, 'nama itu suatu doa'?" Nashwa menggeleng.

"Kata-kata itu suatu doa, benar?" Nashwa menangguk pula.

"Nah ! Berbalik kepada 'nama itu suatu doa'. Qaireen Nashwa. Maksud nama kau 'kebaikan wangian'. Insyaallah, itulah diri kau kelak. Qaireen bermakna kebaikan. Maka siapa yang memanggil kau Qaireen mendoakan kebaikan kau dunia akhirat. Nashwa pula wangian. Semoga kau kekal wangi biarpun sudah menjadi mayat kelak. Jika dipanggil Qaireen Nashwa kan lebih baik. Kau faham maksud aku?"

"Aiwah ! Subhanallah. Sungguh aku tak pernah tahu. Dalam masa 15 minit prep ni je dah dapat ilmu baru. Tapi buku belum buka lagi. Patutlah masa ta'aruf haritu, kau tak letak nickname. Jazakillahu khairan kathira."

"Hahah. Sweet kan aku? 'Afwan !"

"Hewhew. Sweet sangatlah kau, wahai Haifaa' Fellah."


'Haifaa' Fellah, kau sangat-sangat berbeza. Aku harap persahabatan kita akan sweet hingga ke Jannah.'


*****

Tahun kedua.

"Haifaa' Fellah, betul kau tak nak balik minggu ni? Kau jangan menyesal, nanti kata rindu abah kaulah, adik kaulah, kucing kaulah."

"Aduhai kau ni. Ya, ya. Aku tak nak balik. Apa ingat aku anak manja ke? Esok kan kau ada grading taekwando. Nak temankan kaulah ni."

"Alolololo. How sweet !" Pipi Haifaa' dicubitnya geram.

"Haish. Kau ni .."

"Ya, ya. Aku comel, aku tahu."

"Peh, perasan !" MP3 dikeluarkan dari dalam katil. DALAM katil weh. Tudiaaa, berlubang tilam dibuatnya. Haip. Tempat simpan gadjet lah tu.

"Wahai, Pemilik nyawaku .." Bibirnya digerak-gerak mengikut alunan Muhasabah Cinta.

"Haifaa' Fellah." Seru Nashwa.

"Hmm." Asyik benar dengan nasyid itu.

"Kenapa kau tak pernah cerita tentang ibu kau?" Tercetus juga soalan itu. Benar. Haifaa' tak pernah menyebut perihal ibunya walau sepatah. Hanya abah dan adik-adik. Pelik.

"Ibu aku dah meninggallah sayang." Tersentak. Terpaku. Terkelu. Tak dijangka itu yang bakal didengarnya malam ini. Tapi .. Haifaa' tak pernah bersedih.

"Kau, anak yatim? Maaf, aku bertanya." Senyuman ikhlas Haifaa' hadiahkan.

"Naa ah. Aku bukan anak yatimlah !" See. Muka Nashwa dah berubah. Berkerut-kerut dahinya. Macam nenek !

"Kau main-main eh? Kau ni. Tak baik tau cakap ibu sendiri meninggal." Terus diserbu tak pakai helmet. Ceit.

"Oit. Betullah. Apa pula aku main-main. Memang ibu aku dah kembali ke rahmatullah. Takdenya benda ni nak dibuat mainlah." 'Aiyaaak, keluar lagi muka nenek dia tu.'

"Dah tu?"

"Istilah anak yatim menurut Islam, orang yang kematian bapa sahaja. Why dad only? Sebab bapa adalah ketua keluarga. Jika tiada bapa, tiadalah yang menanggung atau menyara keluarga. Ibu tunggal tak berkemampuan. Lagipun bukan tugas seorang ibu menajdi ketua keluarga. Manakala anak yatim piatu pula, yang kehilangan kedua-dua orang tuanya. Kau faham? Dalam kes aku, aku bukan anak yatim. Kerana abah adalah ketua keluarga yang berkemampuan mendidik dan menyara keluarga."

"I see. Baru aku faham." Nashwa terdiam sejenak. Haifaa' menerima ujian yang lagi berat daripadanya. Tetapi dia tak merungut. Dia tabah.

"Haifaa' Fellah. Could you lend me your ears?" Suara sebak dari Nashwa benar-benar menyentak hati Haifaa'. MP3 di-off. 'Is she crying?'

"Qaireen Nashwa. Tell me. I'm all yours now."

"Aku .. aku dapat C." Masih samar.

"For?"

"Arabic." Sadis. Tak menyangka dia bakal peroleh C untuk Bahasa Arab. Gred C? Belum pernah hadir dalam rekodnya sebelum ini. Apakah Peperiksaan Akhir Tahun yang bakal menjelang 2 bulan lagi juga C?

"Lah. Qaireen Nashwa ! Look at me." Tersentak Nashwa. Malu untuk memandang Haifaa' dalam keadaan air mata yang tak henti berjuraian.

"C itu hanya di dunia. Dear, ini hanya ujian dari-Nya untuk kau. Dia sedang menguji ketabahan hati seorang hamba-Nya. Ini baru sikit, Qaireen Nashwa. Sesungguhnya Dia tidak akan memberati ujian kepada hamba-Nya melainkan mengikut kemampuannya. Trust me, your arabic knowledge is beyond that."

"Really?"

"Ahah. Look, aku kagum dengan kau. Kau fasih berbahasa arab. Kau tahu makna ayat-ayat Al-Quran. Kau mengerti setiap bacaan dalam solat. I envy towards you."

"But you're better than me ! Kau dapat A. I'm way too low. It's C, you know?"

"Fine then. Beat me !"

"Beat you?"

"Ahah. Beat me. Get your A, sis. I'm way too high than you."

"Haifaa' Fellah .." Meleret panggilannya. Haip. Kucing manja, meow.

"What? Salah eh? I thought, that's what you want."

"Yeah, but how?"

"Are you kidding me? Man jadda wajada ! Strive, sis. No worries, I'll help you."

"Thanks sis. Sweet kau !"

"I know I am. Jangan puji lebih-lebih. Aku tak nak makan racun."

"Heh. Racun?"

"Ha ah. Kau tahu, pujian itu adalah racun."

"I don't know. Tell me that."

"Ah kau ni. Dah pukul 12 kot. Nak dengar jugak ke?"

"Why not. It's just 12. Eleh, sejak bila waktu tidur kau bertukar dari pukul tiga pagi ke pukul 12 tengah malam, huh?"

"Aiyaak. Fine, fine. Pujian adalah racun. Kenapa? Sebab pujian mencetuskan riak. 'Sedikit saja riak itu adalah syirik.' Ini hadis sohih. Maksudnya di sini riak berdasarkan nawaitu seseorang. Lepastu? Kita akan merasa diri terlalu tinggi, hilang rasa rendah diri. Kesannya? Become boastful. Nah, sifat mazmumah dah tu. Mung pahe?"

"Oh, gitu keh? Pahe, pahe. Ghoyak ganu kito. Bila mau tidur hah?"

"It's just 12. Not three." Balas Haifaa' memulangkan paku buah keras.

"Ceit. Haifaa' Fellah." Seru Nashwa lagi. Matanya merenung siling kosong.

"Yes, Qaireen Nashwa."

"Ciri-ciri kawan yang baik apa?"

"Wah ! You really not gonna sleep yet huh?" 'Dasyat. Sejak bila mata dia boleh bertahan ni? Selalunya pukul 12 je mesti dah terlentok.'

"Nope. Untill you tell me that. Bedtime story sister."

"Haiyo, bila masa jadi budak kecik ni? Okaylah. Ciri-ciri kawan yang baik aa? Hmm." Haifaa' mencapai kertas kajang di bawah katil. Dicoretnya agak lama. "Nah ! Baca satu-persatu, then I'll explain." Diserahkan kertas tersebut kepada Nashwa.

"Berkawanlah dengan orang yang berakal." Nashwa membaca ayat pertama.

"Benar. Kenapa? Kerana kawan yang jahil hanya akan menimbulkan persengketaan. Perabis ayaq liuq ja dok bergaduh dengan dia. Dah sahih dia tu loqlaq sikit, nak jugak kita bergaduh." Hamek kau. Sekali bahasa ibunda keluar. Dush ! "Hang paham dak?"

"Hahah. Pahe, pahe. Next, berkawanlah dengan orang yang baik peribadi dan akhlaknya."

"Hok ni, mung pahe kan? Kemungkinan kita akan terpengaruh kalau berkawan dengan orang yang peribadi dan akhlaknya kurang cantik. Dok gitu Qaireen Nashwa?"

"Dokse mung ghoyak ganu ah. Pelik aku dengaq aih."

"Eleh, dia pun sama. Dah, dah. Then what?"

"Berkawanlah dengan orang yang soleh. Solehah tak boleh kah? Hahah."

"Oit. Main-main pulak. Berkawan dengan orang yang soleh ataupun solehah .." Sengaja Haifaa' menekan perkataan SOLEHAH. ".. sebab orang yang fasik akan sentiasa mengekalkan dosa kecil ataupun besar. Means, kalau dah orang tiap-tiap hari buat perkara buruk, kita pulak tahu. Dah kita pun dikira bersubahat. Sebab apa? Sebab tak nasihatkan dia. Tak pasal-pasal kena tempias. Tahu takpe lagi, ini kita join sekali. Maklumlah member-member beb !"

"Ahahahah. Lawak antarabangsa betul kau ni. Dah macam UAI pulak. And then .. berkawanlah dengan kawan yang sentiasa mengingati akhirat."

"Ahah. Inilah dinamakan kawan yang lead us fi sabilillah. Bukan hanya dunia semata-mata. Sebaik-baiknya kawan yang mengingatkan kita tentang kematian. More?"

"Lastly, berkawanlah dengan orang yang benar perkataannya."

"Yeah. Takkanlah nak berkawan dengan orang yang berdusta? Sudah tentu apa yang dikatanya hanya pembohongan. Jelas-jelas dia tak membawa apa-apa faedah kepada kita. Aku beri sebuah analogi. Katakanlah kau memang teringin nak bela arnab. Tetapi kau ada alahan. Sudah tentu suatu hari nanti ia akan memberi masalah kepada kau, bukan? Apa kau masih mahu membelanya?"

"Of course ain't ! Now aku dah faham, so may I sleep younger sis?" Menguap sejenak Nashwa. Itulah, tak biasa tidur lewat.

"You may elder sis. Kertas tu simpan elok-elok. Amanah aku sampai akhirat untuk kau."

"Hmm." Nashwa mengumam.

"Lah, dah tidur. Ukhuwah fillah abadan abada, sis." Bisik Haifaa' perlahan.


*****

Selesai grading taekwando, Nashwa mengambil tempat di sebelah Haifaa'. Botol air dicapainya. Habis sebotol diteguknya. Can't be really tired, huh?

"Outing, jom?" Ajak Nashwa. Tak padan dengan penatnya. Ada hati nak outing dengan masa sesingkat sejam sebelum waktu outing tamat.

"Uiks. Sejam lagi je kot. Sempat ke?" Casio classic dikerlingnya.

"Alah, jomlah. Nak beli something ni. 5.59 pm right in front of the gate." Sengihan nakal Nashwa menggelikan hati Haifaa'.

"Orite. Jom. I'm challenging you. Remember what I told you? Jangan berdusta." Jari telunjuknya digerakkan ke kiri dan ke kanan. No, no, no !

"Ain't. Promise."

"Insyaallah sis. Sebaik-baik janji. Dengan izin Allah, we'll be right here at 5.59 pm."

'Sis, I adore you !' Hati kecilnya berkata lagi. "Okay. Let's go."


*****

"Qaireen Nashwa. Haifaa' Fellah." Aiseh warden ni.

"Ye, puan." Jawab mereka serentak.

"What time is it?" Aceh, macam High School Musical. 'What time is it? Summertime !'

"10 seconds to six." Laju Nashwa menjawab. Eheheh. Kan dah cakap, 5.59 pm konfem ada depan gate.

"Eh?" Warden kehairanan. Boleh pulak main seconds bagai.

"Assalamu'alaikum puan." Suara ada, tapi mana budak berdua tu? Hairan. Nashwa dan Haifaa' yang berada di depannya tadi sudah menghilang. Kiri. Kanan. Belakang. Nah ! Elok punya budak berdua tu tengah melambai-lambai. Dah 30 meter jauh hah. Tergeleng-geleng warden.



"Haifaa' Fellah, dari mana kau dapat ciri-ciri kawan yang baik tu?" Kata-kata Haifaa' semalam bagaikan tersemat di kepalanya. Setiap ciri-ciri kawan yang baik terus-menerus bermain di mindanya. Sel neuron ni rajin pula nak mengarah.

"Betul kau nak tahu?" Haifaa' sedang berteka-teki. Ah trick apakah lagi gadis ini? Melihat anggukan daripada Nashwa, Haifaa' menarik nafas panjang. Ceih. Gaya macam rahsia negara je.

"Riwayat Al-Bukhari tu." Kata Haifaa' masih dengan senyuman yang sukar untuk ditafsir. "Ya? Aku rasa macam pernah baca. Entah kat mana." Kerutan di dahi Nashwa mencetuskan ledakan bom. Eh tak ! Mencetuskan ketawa Haifaa'.

"iLuvIslam punya artikel. Hahahah !" 'Papp' Buku Focus Science setebal 3 inci tepat menyentuh bahu Haifaa' kuat. "Aduh ! Sakit tau. Betullah apa aku cakap. Riwayat Al-Bukhari. Dijelaskan dalam artikel iLuvIslam. Haish kau ni !"

"Ciskek lah kau ni. Memain pulak. Patutlah rasa macam pernah baca. Artikel bulan April tak silap aku." Terangguk-angguk Nashwa mengingati artikel tersebut.


*****

"Haifaa' Fellah. Need your help." Beritahu Nashwa.

"Ahah?"

"Aku nak study. Dua bulan lagi kan PAT. I don't want any C. Tercalar rekod gueh sih." Segala jenis buku Bahasa Arab di tangannya. Dari atuk Bahasa Arab sampailah ke cicit Bahasa Arab. Allahu ! Semangatnya. Mutholaah. Qawaid. Insya'. Imla'. Muhadathah. Hah !

"Okay, jom. Library." Pantas ditarik lengan Nashwa. 'Oit. Ingat kucing ke, main heret-heret bagai ni? anak orang ni kot.'

"Cupp !" Hah? Tadi bukan main semangat nak belajar, apahal berhenti tengah jalan?

"Library full." Mulutnya dimuncungkan, menunjuk ke arah perpustakaan yang sesak dengan pelajar aspura dan aspuri.

"Alah. I got a plan." Wuuu. Senyuman itu ! Teramat sangatlah jahat maknanya. Hahah. Haifaa' membisikkan sesuatu ke telinga Nashwa.

Tiba-tiba lampu perpustakaan semuanya terpadam. Gelap. Haifaa' dan Nashwa yang berada di suis utama perpustakaan ketawa kecil. Secara senyap mereka masuk ke perpustakaan. Hihihi. Waktu prep malam tiada warden yang akan memantau.

"Weh, blackout lagi ke? Haih." Tercetus suara seorang pelajar aspura. Hah. 'Lagi' di situ maknanya pernah berlaku blackout sebelum ini. Balckout lah sangat kan. Padahal budak berdua ni punya kerja.

"Asal, aku study je blackout. Dengki betul library ni." Seorang lagi bersuara. Rata-rata pelajar semuanya sudah keluar meninggalkan perpustakaan. Terdapat beberapa pelajar aspura masih lagi mengulang kaji. Langsung tak dihiraukan 'blackout' tersebut. Huih, khusyuk. Nak exam kan. Beberapa lampu pendarfluor menyala semula. Eheh. Takkan nak study dalam gelap kot. Sekurang-kurangnya amaun pelajar sudah berkurang. Mereka berdua memulakan ulang kaji. Lima minit. Sepuluh minit. Lima belas minit.

"Huh." Keluhan dilepaskan. Aik. Macam berat je bunyinya.

"Qaireen Nashwa?"

"Tak masuk otaklah weh. Susah. Payah. Dari tadi, aku rasa macam dok renung buku ni je." Luah Nashwa.

"Doa penerang hati dah baca belum?" Soal Haifaa'.

"Allahu. Patutlah. Ambo lupo !" Doa penerang hati, dialunkan bersama.

"Kau tahu ertinya?" Soal Nashwa kepada Haifaa'. Haifaa' menggeleng.

"Ya Allah, Engkau bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu, dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku." Jelas Nashwa.

"Haifaa' Fellah, kau tahu sesuatu?"

"Tak tahu." Sakat Haifaa'.

"Haip. Sabarlah, baru nak beritahu. Kalau kita faham dan hayati sesuatu doa, nawaitu kita automatik lillahi ta'ala. Kau faham?"

"Ana la afham. Explaination?" Dia tayang sengih.

"Katakanlah kau benci sangat dengan Matematik."

"Tapi aku cintakan Matematik !" potong Haifaa' laju.

"KATAKANLAH kau tak suka. Haish kau ni." Sengaja ditekannya perkataan 'katakanlah'. "Then, ada satu soalan matematik yang teramat susah. Macam mana kau nak buat?" Haifaa' mengangkat bahu. "Nah ! Kau hanya mampu selesaikannya dengan formula. Apa kau rasa bila dapat solve problem tu?"

"Gay-to-the-max kot !"

"Aiwah ! Lepas dapat tahu formula itu, out of sudden kau akan rasa suka terhadap subjek itu. Padahal asalnya kau benci. Hah, inilah perasaan yang muncul ikhlas dari hati." Haifaa' menangguk.

"Ya. Jadinya?"

"Sama konsepnya dengan doa. Jika berdoa tidak tahu erti, apa gunanya? Sekadar menadah tangan dan membaca. Sedang hati ke lain, minda ke lain. Bila kau tahu maknanya, rasa ingin berdoa itu terzahir sendirinya. Tanpa dipaksa, hanya lillahi ta'ala. Sekarang kau faham?"

"Fahimtu ! So, shall we continue?"

"Yeah. Sure." Mereka mula belajar dengan tenang.


*****

Tahun ketiga.

"Weet-weet." Nashwa menegur Haifaa'.

"Salam 'alaiki ya ukhti !" Eheh. Ada unsur perli di situ.

"Wa'alaikumussalam. Heheh. Perli hoh."

"Dak aih. Pegheli !" Aik. Tukar loghat pulak. Sajalah tu.

"Kau dah sedia?"

"Dah. Tinggal nak pakai tag ni je. Jom, perhimpunan pertama ni." Tag MRSM disarungkan.

"Hish kau ni. Bukan sedia yang itulah. Dah sedia nak PMR ke belum, cik kak?"

"Oh. Awat tak habaq. Dari segi fizikal sudah, mentalnya 50-50. Limadza?"

"Just asking. Hadui. Rasa gementar pulak."

"Inhale. Exhale. Ok, done. Relax. Assembly first. Nanti warden gempak satu dorm, kau sanggup tahan?" Laju Nashwa menggeleng.

"Dah tu? Jomlah cepat. Excited ni." Beria-ria Haifaa' menarik lengan Nashwa.

"Huk aloh kau ni. Tak lari ke manalah tapak perhimpunan tu." Nashwa mencebik. Tak ada jiwa ke budak ni? Tak gentar langsung nak hadapi segala halangan.


"Saya mendoakan kejayaan calon-calon PMR pada tahun ini. Semoga lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Jadual kelas tambahan akan dipaparkan di dewan makan. Perhimpunan bersurai." Pengerusi majlis menutup tirai perhimpunan.


*****

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Hari ini genap 16 Oktober. Tamatlah Peperiksaan Menengah Rendah. Calon-calon PMR keluar dari dewan peperiksaan dengan riang. Ada yang menjerit "Merdeka !". Ada yang masih belum puas hati dengan jawapan yang dihantar. Pelbagai ragam ditonjolkan. Begitulah remaja.

"Huihui. Merdeka aa?" Nashwa mengangkat keningnya.

"Hahah. Belum lagi, selagi tak diputuskan syurga atau neraka." 'Opps. Ustazah Haifaa' Fellah kembali.'

"Ciskek betul. Hahah. Jazakillahu khairan kathira, ingatkan aku."

"Nothing much lah kawan. Hmm, cheese cake aa? Nyumnyum. Tak dapat eden merasa tahun ini." Masam wajah Haifaa'.

"Why not?"

"Abah dengan adik-adik pergi umramlah. Next week memang tak baliklah. Stay sini sensorang lagi. Haih." Keluhan kecil dilepaskan. Orang lain bergembira, dia bersedih.

'Not for this time, sodiqati fid-dunia wal aakhirah.'


22 Oktober, tepat jam 11.45 malam. Dorm kosong. Block kosong. Sama ada aspura mahupun aspuri. Hanya pelajar SPM sahaja yang tinggal. Haifaa' seorang sahaja yang berada di block A aspuri yang menempatkan pelajar menengah rendah. Peh, duduk sensorang kot. Ingat block ni kecil ke? Sebesar istana ! Hiperbola sebentar.

"Alahai Haifaa' Fellah, daripada mengeluh lebih baik tidur." 'Takut jugak berjaga sensorang tengah-tengah malam ni.' Langkah diaturkan ke bilik air. Selesai mengambil wudhu', Haifaa' berjalan kembali ke dorm.

'Papp' Lampu terpadam !

"Aduhai. Time ni jugaklah nak blackout. Itulah, selalu mem-'blackout'-kan orang sangat, sekali terkena batang hidung. Serve you right. Heh." Dinding diraba-raba. Sebagai petunjuk untuk ke dorm. Selangkah. Dua langkah. Tiga langkah. Empat langkah. Lima langkah. Dan ..

"Eh?" 'Sejak bila ada tembok pulak ni. Allahu.' Diraba-rabanya tembok tersebut.

"Oit."

"Mak ! Apehal tembok boleh bercakap?" Terkejut Haifaa'. Terlompat dia ke belakang. Meledak ketawa tembok di hadapannya tadi.

"Qaireen Nashwa?" Soal Haifaa' sambil berkerut di dahi. Terus lampu kembali menyala.

"Sannah helwah ya gameel. Sannah helwah ya gameel. Sannah helwah ya Haifaa' Fellah. Sannah helwah ya gameel." Lagu 'Happy Birthday To You' versi Arab didendangkan. Bukan seorang, tetapi seluruh penghuni aspuri yang tidak pulang.

"Haifaa' Fellah, may Allah bless you." Terharu Haifaa' mendengarnya.

"Tapi hari ini kan baru 22 Oktober?" Soalnya hairan.

"Miss, it's 12 am. Mimpi ke?" Bahu Haifaa' ditampar perlahan.

"Eheh. Tak tengok jam. Manalah tahu. Anyway thanks. Akak seniors sekalian, thank you so much ! Sorry menganggu waktu study ke apa ke. Tak tahu pulak budak bertuah ni ada plan." Nashwa tayang sengih.

"Udah-udah ler kome. Nah cheese cake. Special punyo. Khas daripada the seniors." Kata seorang pelajar tingkatan lima.

"Dan saya !" Sibuk je Nashwa. Nak jugak. Hahah. Takpelah, birthday planner lah katakan.




"Dalam kiraan 10, bersihkan dorm sekarang !" Nah, kan dah kena roll call pukul tiga pagi. Lepas jamuan semalam tak nak kemas, tak pasal-pasal kena dengan warden.

*****

 "Pinggan oh pinggan. Kau ada bestfriend tak? Agaknyalah kan, kalau kau ada bestfriend, mangkuk bestfriend kau ek?" Boleh pulak bercakap dengan pinggan.

"Haip. Aku ni dah tak betul ke apa. Bercakap dengan pinggan pulak. Haifaa' Fellah, why can't I forget you? It's more than three years sebelum kau pindah."


"Haifaa' Fellah. Kalau kau teringat aku, kau tenunglah bintang-bintang dalam balang ni. Kot-kotlah, kau nampak wajah aku yang comel ni kan?"

"Hahah. Perasan tahap petala kau ni. Wahai Qaireen Nashwa, demi Allah yang menjadi saksi, aku tidak akan pernah melupakanmu walau sesaat. Kau akan sentiasa berada dalam doaku. Ma'assalamah ya ukhti."


Kenangan pada hari terakhir sekolah, kembali melayangkan fikiran Nashwa dari dunia nyata. Kata-kata yang teramat sangatlah sweet dari seorang sahabat. You're one in a million.

"Nashwa ! Basuh pinggan ke berangan?" Sergahan daripada umi mengejutkan Nashwa.

"Eheheh. Both." Nashwa menayang sengih.

"Sudahlah. Hah, kamu ada tetamu kat depan tu." Beritahu umi. Umi tersenyum penuh makna. Dia sudah menganggap tetamu itu sebagai anaknya sendiri.

"Siapa, umi?" Hairan. Belum pernah dia menerima sebarang tetamu. "Go and see yourself lah." Balas umi.

Pertanyaan demi pertanyaan masih berlegar di fikirannya. Di ruang tamu, kelihatan seorang gadis. Bertudung labuh. Berjubah ala-ala Syria. Siapakah dia ?

"Qaireen Nashwa." Nashwa terkelu. Terbeliak matanya. Dia .. dia ..

"Haifaa' Fellah ! Allahu. Bila kau balik dari Jordan? Kau sihat? Kenapa tak contact lepas pindah maktab?" Bertalu-talu soalan diajukan. Hoih, robot sungguh mung !

"Aih. One by one, sis. First, I'm just from the airport. Second, alhamdulillah. Masih bernyawa. Third, sorry. Lost contact. Aku migrate ke Jordan terus lepas habis PMR. Abah dapat tawaran kat sana."

"Ah. I see. You didn't forget me even for a second, did you?" Soal Nashwa. Muka ceria habis !

"Naa ah. Every seconds, you're always in my heart, sis." Balas Haifaa'.

"Cerita kita ni sweet tak?" Nashwa angkat kening.

"Hahah. Teramatlah sweet. Ukhuwah fillah abadan abada, ukhti."



The End

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad) 

Manisnya sebuah ukhuwah kerana lillahi ta'ala. Salam ukhuwah dari aku.


Older Post | Newer Post