najwamf

Disclaimer


Assalamualaikum et bonjour.

May Allah grants you with all His blessings, loves and prosperities

EXIT



Entries About Link Stuff

Rewind



Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Usui's
Others:   
Hati, sila berhati-hati !
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh






Setiap pendustaan yang terzahir, bintik hitam mula muncul. Setiap mazmumah yang dilakukan, bintik hitam mula bertambah. Setiap mata yang memerhati, bintik hitam naik, satu-persatu. Setiap telinga yang mendengar, bintik hitam terus mengelilingi. Setiap bibir yang berbicara, bintik hitam terus menyelubungi.

Wahai hati milikku,
Fragile itu ciri dirimu,
Terbentuknya iman di situ,
Tercetusnya segala nawaitu.

Hati, sila berhati-hati ! 
Perbuatanku diperhati,
Langkahku disoroti,
Mindaku ditapisi,
Qaulku dihayati,
Ini tugasmu, hati !

Tabahlah sang hati,
Nawaitu kerana Ilahi
Berhijrah demi diri ini,
Istiqamah tetap setia disisi,
Teruskan jihadmu fi sabilihi.

Wahai hati, tahukah engkau tentang sesuatu? Setiap tercetusnya bicara hati, bintik hitam tidak akan pernah hadir. (Nawaitu yang buruk tidak akan tercatat dosa, melainkan ia dilakukan secara zahir) Tidakkah engkau istimewa? Bahkan, jika engkau berbicara, kau diberi dua pilihan. Akal atau perasaan yang bakal bertindak? Hanya engkau yang mengawal mereka. Begitulah yang dikurniakan Pemilik Mutlakmu. 

"Allahurabbi, jernihkanlah semula bintik-bintik hitam di hati ini bak bayi yang suci."



Older Post | Newer Post