najwamf

Disclaimer


Assalamualaikum et bonjour.

May Allah grants you with all His blessings, loves and prosperities

EXIT



Entries About Link Stuff

Rewind



Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Usui's
Others:   
Qaulihi
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh





Rentetan senario, berlandaskan kata-kata seseorang ..

Qaulihi,
Kata-katanya,
Sering bermakna,
"Original dari saya",
Begitu katanya,
Tiada yang serupa,
Tiada yang sama.

 *Asli itu indah*

Qaulihi,
Setiap bicara,
Menyingkap seribu rahsia,
Setiap luahan,
Tersimpan sejuta kenangan,
Bila pahit, ada dukanya. 
Bila manis, ada sukanya. 
Dalam setiap kelukaan, ada penyembuhnya. 
Dalam setiap kegembiraan, ada syukurnya.

*Hidup penuh cabaran*

Qaulihi,
Aksara demi aksara,
Tiap darinya punya makna,
Kombinasi kata-kata,
Tiap darinya ada benarnya,
Ayat-ayat mula tercipta,
Tiap darinya indah belaka.

*Jangan sia-siakan setiap bicara yang terluah*

Qaulihi,
Tiada yang auta,
Melainkan fakta,
Tiada yang lagha,
Melainkan marwa,
Tiada yang dusta,
Melainkan najwa.

*Berkata-katalah kepada kebaikan*


Katanya ..
"Aku jangan dicari, kata-kataku jangan kau lupa."

Katanya ..
"Janji jangan dimungkiri, hanya kerana kau alpa."

Katanya ..
"Satu itu jangan pergi, sejuta nanti buat kau leka."

Katanya ..
"Hilang kan berganti, jangan pula kau seksa."


Kerana mulut, badan binasa. Kerana hati, iman tercela. Kerana kata, orang terasa.


Older Post | Newer Post