najwamf

Disclaimer


Assalamualaikum et bonjour.

May Allah grants you with all His blessings, loves and prosperities

EXIT



Entries About Link Stuff

Rewind



Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Usui's
Others:   
Salah faham
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh


*Sigh* 

Salah faham. Manusia, semua perkara salah faham.

*Kecilkan scope* 

Kadang-kadang dalam kehidupan seharian, kita tak sedar kita tengah berdakwah. Status facebook, tweet, segala bagai. It's not about the preaching way. It's about the words, the sentences, every single voice .. er voices that come out from your lips.

"Menutup aurat dengan sempurna sebaiknya bertudung labuh, berbaju longgar dan tidak jarang serta berstokin."

First point : "Eh, dah tu kau nak aku pakai tudung bulat tu sepanjang masa. Masaklah."

Did I mention TUDUNG BULAT at first ? *Sila sumbang hearing aid*

Ladies and gentlemen, muslimin dan muslimat, konteks TUDUNG LABUH disini beerti yang menutup aurat wanita di bahagian atas iaitu rambut sampai bawah dada. Tak kisahlah TUDUNG BULAT, TUDUNG BUJUR, TUDUNG PETAK, TUDUNG SEGI TIGA amenda alah bagai asalkan tudung itu tidak jarang dan menutup bahagian-bahagian tadi. Tapi, perlu ingat bila dah tutup depan, jangan belakang singkat. Dan apabila kedua-dua belah tadi sudah labuh, bahagian tepi jangan dibiar terdedah.

Why ?

Maaf, tapi sedarkah anda bahawa bahagian tepi iaitu kiri dan kanan anda mendedahkan your *tuuuut* Bima'na, anda perlu menutup bahagian itu juga dengan melabuhkan sisi tudung. End of tudung story.


"Hailah kaum Hawa, kau ingat suara lunak kau tu comel. Aurat weh aurat."

Second point : "Gila kasar bahasa kau da'i. Da'i amenda kau ni ?"

Residence of ardhullah, kata ganti nama 'aku' 'kau' sering dilabel kata ganti biadap. How does it related to biadap ? Entah. Adat dan budaya kot. Cultural kita dah terbiasa melabel itu dan ini sebagai biadap. Habistu kau berdoa cakap 'saya' 'awak' ke dengan Allah ? Ada ? Tak kan. 'Aku' 'Engkau' mostly. Then, you wanna say "Hey, kau asal biadap sangat dengan Tuhan ?" Allah .. please reset your mind people. Jangan kita hidup asyik nak menghukum. Cermin mau cermin ? Diri sendiri perlu diuruskan dulu. Mad'u kena realize, para da'i ada pelbagai kaedah dalam berdakwah dan mentarbiyah. Itupun mengikut keadaan si mad'u.

Kalau mad'u yang faced by the da'i jenis yang senang bertoleransi, mampu mendengar dan sedia menerima teguran, da'i akan guna kaedah lembut. Kalau dah mad'u jenis makin hamun, orang tegur melenting dan tak dengar nasihat, da'i akan guna variasi kaedah yang bersesuaian. Cakap lembut tapi ada makna tersembunyi ke, ayat-ayat sindir sikit atau banyak lagilah. Ayat sindir tu tak salah, tapi mengundang persepsi negatif. Ya know,  judging is their life -.-


 "Takyah nak cakap pasal hubby-wifey sangatlah. Yang 5 waktu sehari semalam pun terkapai-kapai."

Third point : "Orang nak menikah dihalang. Sunnah tau sunnah ?"

Hot topic. Nikah muda. *Akan menyusul* Eh joking -.- Ye, kami tahu nikah itu sunnah. Tak halang pun. Digalakkan lagi kalau dah untuk mengelak maksiat. Sunnah bima'na sunat. Tapi solat WAJIB. Kalau dah menikah tapi tanggungjawab wajib terhadap Allah tak dijalankan anda tak kesian kepada pasangan anda, terkapai-kapai dalam syurga dunia tanpa keberkatan Ilahi ? Yang teruna, kalau solat tak cukup lima waktu acano mu nak didik si dara ? Yang dara, kalau solat tak cukup lima waktu sanggup bagi hubby kamu tanggung dosa, diheret ke neraka ? Muhasabah sat. Jangan nak sentap je. Kadang salah kita tak nampak, salah orang sebesar kuman pun nampak. Nak menikah bagi sempurna perkara wajib dulu.


"Nak number boleh ?" Yang begini mohon jangan dilayan.

Fourth point : "Kata pendakwah. Sombong ah kau. Bajet alim."

Jangan dikata sombong, kerana dia sedang berjihad melawan nafsu. Menjaga ikhtilat ketika berkomunikasi dengan ajnabi. Mohon anda melihat setiap manusia dari pandangan berbeza. Apabila persepsi negatif muncul, sila husnuzon. Dalam bergaul dan bersosial, tak semua soalan dari mad'u, da'i perlu jawab. Kalau dah soalan memang tak berkaitan langsung lagilah ditolak. Soalan miang memang di-blocked terus dari dunia da'i. Sopan sikit, dah sangkut meminanglah apa susah ? Be gentlemen. Tapi kalau perempuan yang start convers macam tuh, akhir zaman namanya.

And so on .. 

Akhirul kalam,
Mohon ikhwah wa akhowat, jaga hati, jaga iman. Husnuzon mendahului, sudzon biar bertempat. Saya bukan tahap da'i yang alim dan warak. Sekadar pendakwah yakni tanggungjawab sebagai muslimah. Sempurna itu bukan manusia dan saya banyak kelemahan. You guide me, I guide you. Dunia bukan tentang 'aku' 'aku' 'kau' 'kau' tetapi berjemaah. 'Kita' itu perlu wujud dalam menjayakan dua komunikasi dua hala di mana da'i dan mad'u saling memahami dan bertoleransi.

"Aku milik Allah, kau juga milik Allah. Maka kita saling memerlukan untuk ke Jannah."





Older Post | Newer Post