najwamf

Disclaimer


Assalamualaikum et bonjour.

May Allah grants you with all His blessings, loves and prosperities

EXIT



Entries About Link Stuff

Rewind



Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Usui's
Others:   
Throwback Eidul Fitr
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh 



1 Syawal 1434 Hijrah

Salam Eidul Fitri. Maaf zahir dan batin. #Throwback
Asif, terlambat. Syughul sangat-sangat. That's why tajuk entry 'THROWBACK'. 

--Mistakes on Eid--

 Beraya ada makna

"Pergi rumah yang itulah. Anak-anak dia dah besar, bekerja lagi, ramai pulak tuh. Masyuuk duit raya nih."

*Eh, kau. Tajdid niat. Amalan ziarah jangan semata-mata mengharapkan duit raya.


Membazir saudara syaitan 

"Hmm. Banyak pulak eh kuihnyo. Nyesal aku beli. Makan setahun pun dok habih."

*Itulah Cik Timah (bukan nama sebenar) oi, keletang-keletung mu buat kuih 10 jenis, doh tu mu beli lagi. What a waste omputih kato. Sedekah ajo lah eh ke jiran sebeloh.

"Nak pakai baju yang mana satu eh ? Ini hari raya pertama, itu kedua, ini ketiga .. bla .. bla .. haa that's for the tenth. Raya tahun ni cuti sepuluh hari. Cukup ah."

*Kiah (bukan nama sebenar) oi, hang nak buka butik hapo ? Sapa nak basuh baju belunggok nih. Bazir current kalau guna mesin. Jenuh omak kau eh. Bila dah balik kampung, sure punya baju belunggok dalam bakul nak dibasuh. Almaklumlah, masa tinggalkan rumah pun baju banyak tak basuh, inikan pulak bertambah baju raya, baju abah, mak, adik-adik, kakak-kakak, abe-abe. Sudahlah bazir duit beli banyak-banyak, bazir current, bazir tenaga, segalanya MEMBAZIR ! Uish, sesungguhnya membazir itu amalan syaitan.


Aurat on-off

"Oh Mak Gayah, cantiknya baju kau Jah (bukan nama sebenar). Bling-bling lagi. Amboi labuci nyo Jah, sarat benor aku nengok. Macam spot light."

*Tabarruj (berhias-hias) dilarang dalam Islam. Hari kemenangan pada Syawal, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Ia hari kemenangan buat Muslim setelah selesai berpuasa pada Ramadhan. ISlam mengajar kita bersederhana, bukan melebih-lebih.

"Peah (bukan nama sebenar), cutting kau slim noh. Ikut body shape lagi. Cun ah kau raya ni."
"Mat (bukan nama sebenar), fit duh baju kau. Nampak kurus plus ensem. Mana kau beli ?"

*Raya, raya jugak. Aurat sila jaga ikhwah wa akhowat. Pasal aurat nih cakap sepuluh sebelas pun buat jugak kan. Manusia, tak lari dek kelalaiannya. Fikir-fikirlah sendiri.


Cuit-cuit bro-sis 

"Selamat Hari Raya, maaf zahir, batin." Aliah (bukan nama sebenar) salam, cium tangan si cousin, Ali (bukan nama sebenar).
"Alah dekat rumah opah je kot. Semua sedara-sedara je pun. Buka jelah tudung ni, hangat."

*Mazhab mana kau belajar, sepupu-sepupu can salam, can cium, can cuit-cuit tanpa alas. Sikit-sikit si bro mengusik 'papp' tangan si sis hinggap di lengan si bro. Apa kes sis ? Mana boleh sentuh-sentuh. Haraaaaaam. Ajnabi sis. Selagi boleh kahwin, selagi tulah haram sentuh, buka aurat. Boleh pulak kau buat fatwa baru eh. Asal sedara, raya serumah, no aurat lah ek ? Aiyooo, kasi khatam kitab Fiqh dululah.


Gajet sekat ziarah

"Pukul 10 pg ada citer tuh, pukul 12 tengah hari ada citer ni .. pukul 4 ptg ada citer best kat astro, pukul 9 malam rasa-rasa ada 'Bini-biniku Gangster' kot. Ah, takyah berayalah. Dok rumah lagi syok."

"Malam ni, Barca vs Malaysia, tak boleh ah aku pergi kenduri mak cik depan tuh. Karang terlepas acano aku nak tweet siapa menang."

*Snap gambar, masuk insta, letak caption* "Otw to rumah Opah, Singapore. Raya sana tahun nih. Jangan datang rumah." *Dalam hati* "Muahahahah, aku manada kampung, terperap dalam rumah je. Aish, tak suka duh makhluk-makhluk datang, bising. Lagi-lagi yang ada anak kecik, naya aku."

*Haip. Moden sangat pun payah, kampung sangat pun susah. Let's us be simple and single #Eh. Tak baiklah raya-raya tak ziarah kan. Manalah tahu, ada terkutuk, termengumpat, tersimbah cat kat pondok jiran sebelah ke kan, tak termaaf pulak dosa tu. Pergilah beraya, minta maaf kalau ada salah silap. Mana tahu esok lusa, kubur tempat kita. Tapi ingat KEMAAFAN BUKAN HANYA PADA 1 SYAWAL ! /Amaran\

P/S : Walaupun terlambat *Standard ah, dah title pun throwback. Janganlah bash* tapi inilah kesalahan yang sering berlaku ketika Hari Raya. 1 Syawal nak meraikan kemenangan, tapi dah macam sambut syaitan keluar. Yelah, ada saja nakal-nakalnya. Wabillahi taufiq wal-hidayah. Wassalam.

NO MERCUN, NO MERIAM BULUH, NO BAKAR-BAKAR RUMAH \(-.-)>


Older Post | Newer Post