najwamf

Disclaimer


Assalamualaikum et bonjour.

May Allah grants you with all His blessings, loves and prosperities

EXIT



Entries About Link Stuff

Rewind



Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Usui's
Others:   
MELALUI KACA MATA
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh !


Sunspecs | via Tumblr 

Melalui kaca mata. Semuanya terbias.

Tembakan sana-sini.
Bom meletup setiap hari.
Jerit ibu-ibu dan anak-anak.
Panggilan pulang dari Tuhan mendatang.

Tentera mula mengganas. "Aku tidak peduli ! Apakah kau perempuan sekalipun bayi kecil, akan kutembak hingga mati !" SUNGGUH ! MEREKA INI PENGKHIANAT !

Si ayah keluar menegakkan yang haq. 
Si ibu tidak gentar melawan dan terus melawan. 
Si anak berani mengorbankan nyawa di usia yang muda.
Rumah mayat tidak putus-putus menerima syuhada' setiap hari.
Tangisan, jeritan, ledakan, tembakan, hari-hari berkumandang bagaikan irama mereka.
Mukminin di bumi anbiya', tabahkan hati, kuatkan iman, ini ujian untukmu dari Yang Maha Esa.

PALESTIN. SYRIA. MESIR. ROHINGYA.
Umat Islam ditindas tanpa belas kasihan. TERRORIST #KatanyaLah 

Diseksa. Dirogol. Ditembak. Dibunuh. Dibom. Inikah manusia ? INI LEBIH KEJAM DARI HITLER ! DI MANA JANJI MEREKA ? WAH, SUNGGUH HEBAT SI AMERIKA, ISRAEL BERLAKON ! SEHINGGA TERTIPU MANUSIA SELURUH DUNIA. Dunia semakin mengarut. Pembohongan di mana-mana. Penindasan terus berlaku. Apakah kita buta sehingga tidak dapat melihat mana yang benar dan mana yang salah ? 

MALAYSIA.

\\ Apa yang kau lakukan untuk membantu saudara di sana ? Tiada apa. Kau cuma berdiam diri. Goyang kaki di atas sofa sambil mengunyah twisties mendengar berita Mesir.

\\ Paparan di kaca televisyen Malaysia sungguh tidak membantu. Pompang-pompang lagaknya, konon prihatin dengan isu Syria, Mesir, Palestin dan lain-lain. Hakikatnya, "Isu terkini, penyokong Morsi mula memberontak." Heh media, sanggup kau memanipulasi ? DASAR SELFISH !

\\ Para pemimpin tidak langsung menunjukkan tindakan serius tentang isu saudara kita di sana. Malah, ada yang berkata "Bagi saya, tidak patut mereka bertembak-tembakan sesama sendiri di sana. Rasanya tidak wajar kita membalas tembakan para tentera bagaikan membalas dendam. Nabi tak ajar." ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYIL 'AZIM. Aku tak tahu apa yang dah merasuk akal kurniaan Allah kepada mereka, tetapi sungguh malulah pemimpin bersikap acuh tak acuh dengan saudara seagama di negara lain. Biarpun kerana hendak menjaga hubungan dengan AMERIKA, sanggupkah kita mengetepikan saudara sendiri ? PENGECUT ! Mengaku Islam, tetapi seolah-olah lebih takut kepada makhluk Allah berbanding Penciptanya sendiri. 

"STOP BANDINGKAN ORANG MALAYSIA DENGAN ORANG PALESTIN KE MESIR KE. KITA BERBEZA SITUASI !"

-MEMANG ! BERBEZA SITUASI ITULAH YANG MEMBEZAKAN DI TAHAP MANA KETEGUHUAN IMAN, KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL MAHUPUN KEPERIBADIAN LUARAN DAN DALAMAN ANTARA KITA DAN MEREKA !-

Sepuluh sebelas aku type pun, belum tentu seorang pun akan terus solat hajat buat keamanan saudara di sana. Belum tentu seorang pun yang bakal mendoakan mereka. Belum tentu seorang pun yang akan ingat tentang isu ini setelah media berdiam diri.

Melalui kaca mata.
Tiada lagi sinaran cahaya.
Awan mendung sahaja berarak.
Tiada lagi burung berkicauan di pagi hari.
Malah, bom yang meledak menjadi ingauan setiap masa.
Moga ada sinar mentari yang bakal menjelang untuk mereka di bumi Allah.


P/S : KACA MATA = SPECTACLES / KORNEA MATA (bahasa penulis, siapa faham -.-)

Kau bilang kau tahu. Kau peduli. Kau doakan. Buktikan kata-kata kau bukan dusta.



Older Post | Newer Post