Disclaimer
Entries About Link Stuff Credits
| PADAM.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Credit : Abah
Padam.
Segala memori.
Segala anasir.
Segala duka.
Orang kata, perempuan complicated. Pendam memang lumrah. Luka usah dikira, sumpah banyak.
Aku tahulah, dah aku pun perempuan.
Cakap ikut emosi, yes.
Bertindak ikut emosi, pun yes.
Sampai kadangkala, tak sedar diri ini tersangatlah annoying dan mulut puaka. Tak reti duk diam, asyik mengata. Tak reti pikir, asyik bohong.
Betul, itu aku. Betul, itu manusia. Dan aku yakin kau juga sama. (Kalau tahap alim wa alimah terkecuali)
Orang menegur, aku diam. Orang kata aku sombong tak dengar nasihat.
Orang mengata, aku baran. Orang kata aku pendek akal tak reti sabar.
Orang mengutuk, aku balas. Orang kata aku kurang ajar tak sopan.
Alah, kau exaggerated.
Diam tak bermakna aku tak dengar.
Baran tak bermakna aku tak sabar.
Balas tak bermakna aku tak sopan.
Aku remaja. Kau tahu apa sifat remaja ? Memberontak ! Alah, jangan tipu, kau juga pernah membantah, pernah membalas. Kerna kau juga pernah menjadi remaja.
Tolong fahami aku, dan insyaallah aku fahami engkau.
Kita manusia, sesama insan, masing-masing pelupa. Mana pernah sempurna pun. Apatah lagi tak pernah berdosa. Ah, tipu. Sealim, sewarak mana pun kau, pasti ternoda juga.
Maka, aku mohon ampun, mohon maaf.
Atas dosa, atas kata.
Kerana aku manusia.
Mohon padam, mohon lupa.
Moga Tuhan memberkati.
|