najwamf

Disclaimer


Assalamualaikum et bonjour.

May Allah grants you with all His blessings, loves and prosperities

EXIT



Entries About Link Stuff

Rewind



Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Usui's
Others:   
DETIK MEMORABILIA
Assalamualaikum wbt

ws


2nd November 2015. 
Alhamdulillahi taala, SPM was over. Last paper, it was Biology. Turned out to be the most hatred paper tapi entah cemana terjatuh chenta dengan paper Ummi Zaharah. Maybe sebab gurunya yang membibitkan rasa itu. All and all semuanya dah habis. Lama dah. Result pun dapat dah. Syukur lillahi taala. 

Nothing to be upset with. Sadis bila jasad tidak lagi berkhidmat di Mashoor. Pedihnya bila jiwa tidak lagi menghuni 5 Akhtar. Tapi lagi perit pabila dikenang bangunan lama yang di ceruk hulu yang sebesar kangkang kera (hiperbola). Serius, lagi sayang dan rindu tapak lama tu. Empat tahun lawan satu tahun tentulah kalah bangunan gah di tengah Georgetown tu. Ini namanya tak pandang rupa. Kenangan mana boleh diulang. Papepun masih Mashoor. Masih rakan yang sama. Masih adat yang sama. Masih guru yang sama. Tiada yang bertukar melainkan suasana dan tempat. 


*****

Depressed.
Itu apa yang aku rasa sepanjang tahun bergelar senior dan tahun bergelar pimpinan BADAR. Mungkin orang nampak selfish bila kita rasa nak buat itu dan ini. Tapi tidakkah mereka tahu kita buat kerana ingin merubah, kita buat kerana ingin menggalas amanah. 

ASRAMA.
Truly a nightmare pabila pandangan 'YOU ARE NOT BELONG HERE' muncul di kornea helang mereka. Benar, itu tahun pertama aku di sana. Tapi mengapa perlu dicipta jurang antara BUDAK ASRAMA BARU dan BUDAK ASRAMA LAMA ? Bukankah mashoor mendidik kita sebagai satu usrah ? Keluarga ? Salah tarbiyyahkah kita disini ? Atau salah aku kerna menumpang ?

Sungguh aku tak faham. Aku hanya menjalankan nama pengerusi BADAR yang diberikan. Malah ini bukan pintaku. Tidak, aku tidak salahkan sekolah kerana kami sama-sama dididik di bawah satu bumbung yang sama. Cuma kita yang perlu memilih. Beginikah atau begitukah ? Satu aku pelajari, hatta di bawah satu naungan, manusia ini banyak ragamnya. Maka, banyaklah kepala hotaknya yang harus aku hadapi, kau hadapi dan dia hadapi. 

Prestasi akademik merosot. Benar, itu salahku tidak dapat membezakan hal peribadi dan hal sekolah. Benar, itu salahku tidak mampu membawanya bersamaku tetapi menjauhinya dariku. Benar, itu salahku tidak mampu berkata jika ditanya cikgu tetapi cuma diam menikus. Kerna tidak semua kisah perlu orang tahu. Tidak semua masalah perlu diselesaikan. Biarkannya lenyap agar akal tak berselirat dan otak tak berserabut. Biar mereka fikir, biar mereka kata. Kerna semua berhak berpendapat, kerna semua berhak bersuara. Mana mampu aku diamkan mulut manusia. 

Jelas, cara paling senang. Keluar. Keluar dari ruang lingkup masalah dan belajarlah dengan tenang. Bukan lari, cuma menjauhi. Buat apa perlu menyendeng pada yang tidak mahu dan buat apa perlu menanti agar mereka menerima kehadiran ini ? Masa itu Tuhan bukan untuk dipersia. Berambuslah.

SEKOLAH.
Tidak banyak untuk dicerita kerna masaku lebih di asrama. Cuma satu nak kuungkap. Terima kasih kawan kerana tidak lupa dan kerana masih menegur aku. Biarpun kita makin renggang. Sungguh, terima kasih. 


*****

Detik memorabilia. Ada suka juga duka. Mengapa perlu dibuang yang duka jika ia menguatkan kita ? Mengapa perlu disimpan yang suka andai kelak timbul riak ? You choose. 

They're most memorable moments of 2k15.


Past made me who I am now et in future


Older Post | Newer Post