najwamf

Disclaimer


Assalamualaikum et bonjour.

May Allah grants you with all His blessings, loves and prosperities

EXIT



Entries About Link Stuff

Rewind



Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Usui's
Others: ♥ ♥ ♥
FROM HEART
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Macaroons 
 Credit : weheartit.com

Random

♥  Qaulihi
♥  Ardhullah
♥  Life never begins 
♥  PADAM


Cerpen

♥  Sweet tak ?


Kisah Aisy 

♥ Aisy : BELUM TIBA



Writing is a way of confessing feeling.

TRAVELOG LAMBAIAN AKSARA SELATAN: Gelora Sang Hati
Bismillahirrahmanirrahim



"Jangan takut untuk gagal, kerna yang tidak pernah gagal adalah orang yang tidak pernah melangkah." - Buya HAMKA.

31 Mei 2016 - 9.45 pagi waktu tempatan. Degup jantung ini masih belum mampu kuperlahan. Makin aku melangkah keluar, makin berdebar rasa jiwa ini. Aku melangkah jauh dari perut pesawat dan kaki kudaratkan di atas bumi komunis ini. Whattay International Airport - aku menggumam perlahan.

Sungguh, semenjak pertemuan bersama-sama Abang Jufitri sebulan yang lalu, hatiku tidak pernah tenteram. Ditambah pula dengan cerita Prof. Kamarul, aku masih ragu-ragu. Haruskah aku teruskan? Persoalan itu kumatikan, lenyap daripada segala memori akal warasku tatkala bandar Vietiane telah kujejak. Usah ditanya mengapa keraguan itu harus ada. Andai engkau ditempatku, pasti jua kaumerasa. Dengan nafsi yang masih mentah, juga ilmu yang agak rapuh, aku takut untuk meneruskan perjalanan ini. Bukan kerana fizikalku yang sedikit kecil, dan juga bukan kerana angka umurku yang terlalu muda. Tetapi, kerana jiwa ini terlalu gentar untuk menerima kegagalan apatah lagi menggalas tanggungjawab yang aku kira sebagai jurubicara ummah. 

Vientiane, ibu negara Laos yang hanya sebesar negeri Perlis menjadi destinasi misi rahmatan lil alamin pada kali ini. Misi pendidikan yang diberi nama Lambaian Aksara Selatan telah menyeru aku dan sahabat untuk mengembalikan sinar Islam yang kian pudar dalam kalangan umat Islam di sini. Semenjak Islam dikembangkan di Laos melalui pedagang dari China, India, Pakistan dan juga Kemboja, jumlah umat Islam masih di tahap minoriti yakni lebih kurang 200 orang sahaja.

Alhamdulillah, Allah juga Yang Maha Mengetahui. Urusan ketibaan delegasi DG-George Town dipermudahkan dengan kehadiran Imam Vina, imam Masjid Azhar. Jujur kukatakan kemunculannya yang tidak terduga sedikit sebanyak menguatkan semangatku yang hampir hilang sebelumnya. Taaruf ringkas antara kami semakin hangat apabila foto Abang Suhail ditunjukkan kepadanya. 

"Oh, saya ingat orang Malaysia ini. Dia pernah datang ke sini. Dia pernah ke rumah saya." maklumnya penuh keterujaan. 

Dapat kurasa kebanggaan yang membunga dalam hatinya. Jalinan ukhuwah ini semakin merah warnanya apabila ikatan dahulunya yang hampir longgar kembali erat. Sepanjang perjalanan ke Masjid Jami' Vientiane, beliau sedikit sebanyak mengimbau kisah pertemuannya dengan relawan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) suatu ketika dahulu. 

Setibanya kami di Masjid Jami' Vientiane, kami telah dipertemukan dengan Imam Rafi' iaitu orang yang bertanggungjawab menguruskan masjid tersebut. Aku dan sahabat mula menemu ramah Imam Rafi' tentang jemaah masjid, kelas agama dan penduduk Islam di sekitar kawasan itu. Biarpun Imam Rafi' tidak bisa berbahasa Melayu atau Inggeris, sesi temu ramah itu tetap diteruskan dengan Imam Vina menjadi penterjemah.

Masjid Jami' yang telah dibina pada sekitar tahun 1970an menjadi lokasi utama kegiatan dakwah Islamiyah. Masjid Azhar pula menyusul pada tahun 1986, mengembangkan lagi Islam ke seluruh Vientiane. Jarak antara kedua-dua buah masjid ini hanyalah tiga kilometer. Menurut Imam Vina, Masjid Jami' mengamalkan mazhab Hanafi atas faktor masyarakat Pakistan dan India (Pakhtuns) yang membawa Islam ke situ. Berbeza pula dengan Masjid Azhar yang mengamalkan mazhab Syafie persis Malaysia. Hal ini kerana, masjid itu dipelopori oleh muhajirin dari Kemboja.

Diceritakan kepada kami, pada tiap-tiap solat Jumaat, jemaah di Masjid Jami' boleh mencecah sehingga 200 orang termasuk penduduk Islam, kedutaan negara-negara Islam, dan juga pelancong yang beragama Islam. Di Laos, hak kesamarataan antara agama telah diamalkan semenjak dahulu lagi. Itulah gagasan komunisme yang dipegang teguh oleh masyarakat Lao. Terdapat empat agama utama yang dianuti oleh mereka: Buddha, Kristian, Islam dan Bahai. Namun, kesemuanya dilayan dengan sama rata dan tiada penyekatan dalam berdakwah atau berdakyah. Syaratnya cuma satu, mereka boleh berdakwah tetapi hanya di tempat beribadat masing-masing sahaja. Selain di dalam masjid, kuil atau gereja, amatlah dilarang sama sekali. 

Variasi informasi dan maklumat yang berjaya diperoleh dalam tempoh masa yang singkat - tiga hingga empat jam, membuatkan semangatku dan sahabat kian membara.

Perjalanan kuteruskan,
Ketakutan itu kupudarkan,
Moga Tuhan berkati,
Moga Tuhan rahmati.


bersambung...

#RahmatanLilAlamin
#LambaianAksaraSelatan

22/6/2016 - 11:05pm
-Najwa MF

Salam #PMGAlang
Assalamualaikum wbt


masih wujud


3 months ago -- aku lupa tarikh

Alhamdulillah, Perkampungan Menara Gading Pulau Pinang 2016 (PMGPP) telah berjaya dijalankan di Kompleks Belia & Sukan (KBS). 

Serius best, eventho kem ni hanya ada 10 orang peserta perempuan tapi bonding kami memang mantap ah. Awalnya, semua malu-malu ayam padahei pimpinan sekolah belake. Normallah, baru nak kenal krikk-krikk gak lah about 2-5 hours after program bermula. Lepas tu... kau tahu-tahu jelah. Hingaq!

Paling sakai, last night camp tu baru pulun nak kenal. Pulun nak dengar kisah suka duka dari sekolah masing-masing. Miraclenye, semua budak sekolah agama. Moga santun dan budi agama terjaga dan terpelihara. Insyaalllah.

10 memang kuantiti yang sedikit. Amat sedikit. But, it's not about the quantity but the quality and alhamdulillah sampai ke hari ini PMG Alang (sebab batch ketiga lepas Along dan Angah) masih lagi contact dan dah masuk POA 2.0.

10 Alang;

1. Najwa
2. Qamar
3. Atirah
4. Auni
5. K Adah
6. Kekda
7. Aliah
8. Dayah
9. Eam
10. Nana

Completed!

Senior Persatuan Pembimbing Belia Islam Pulau Mutiara (PEMBIMBING) semuanya bertungkus-lumus mencurahkan ilmu kepada kami. 

Lots of thanks;]

1. YDP Pembimbing
2. Abg Chaq
3. Abg Nafyst
4. Abg AG
5. Abg Adib
6. Abg Anep
7. Abg Nusair
8. Dak tah 
9. Senior rijal lain
10. Kak Cu
11. Kak Long
12. Kak Syafa
13. Kak Nadz
14. Kak Yam
15. Senior hewi lain

Last but not least,
Moga ukhuwwah terikat ketat, moga jasa tercurah basah.


anak buah Kak Cu and Abg Nafyst


#PEMBIMBING
#PMGPP16
#PMGAlang
#PKPIM
#HidupBiarBerjasa

Jangan biar aku, dia dan mereka terasing

#2K15 MASHOOR GRAD-DAY
Assalamualaikum wbt


credit to whoever it belongs


#2K15 Mashoor G-Day

Seronok! Reaksi yang semua tunjuk memang diluar jangka. Almaklum dapat cipta sejarah batch pertama wujudkan Grad-day. Feelin' honoured pabila mampu laksanakan d-day hasil Yaumul Mafthuh dulu. Biar ramai yang tidak percaya, namun ia sudah pun berlaku. Dah kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Masakan kami lupa janji yang terpateri.

Sungguh, tak seorang pun tak sengih haritu. Muka gembira habis, seolah-olah semua masalah dah ke laut depan sekolah tu haa. Padahei, SPM tak habis lagi kut ritu. D-day berlangsung time gap seminggu before second week of SPM. Kira macam semua nak lepas tension ah. 



Dialog Memorabilia #2K15

"Aku nampak hang macam pakai jubah mandi dah, labuh ngat." -Dean

"Kita ni kira top students ah, duk kerusi 3 pointer ke atas. Haha." (Padahei tu GPS, makin banyak makin teruk ah -.-) -Madi

"Aku 4 flat weh huhu." -Adilah

"Takde topi nak baling, kita flip tudung keh." -She

"Mohon yang ada ios tu tangkap gambar, samsung ke lenovo ketepi." -She

"We present our Ummi Zaharah!" -Semua


*****

Yang baik moga jadi ikutan,
Yang buruk moga jadi iktibar.



Off high sch, but still didn't reach 150cm. May Him bless this kiutpai.

DETIK MEMORABILIA
Assalamualaikum wbt

ws


2nd November 2015. 
Alhamdulillahi taala, SPM was over. Last paper, it was Biology. Turned out to be the most hatred paper tapi entah cemana terjatuh chenta dengan paper Ummi Zaharah. Maybe sebab gurunya yang membibitkan rasa itu. All and all semuanya dah habis. Lama dah. Result pun dapat dah. Syukur lillahi taala. 

Nothing to be upset with. Sadis bila jasad tidak lagi berkhidmat di Mashoor. Pedihnya bila jiwa tidak lagi menghuni 5 Akhtar. Tapi lagi perit pabila dikenang bangunan lama yang di ceruk hulu yang sebesar kangkang kera (hiperbola). Serius, lagi sayang dan rindu tapak lama tu. Empat tahun lawan satu tahun tentulah kalah bangunan gah di tengah Georgetown tu. Ini namanya tak pandang rupa. Kenangan mana boleh diulang. Papepun masih Mashoor. Masih rakan yang sama. Masih adat yang sama. Masih guru yang sama. Tiada yang bertukar melainkan suasana dan tempat. 


*****

Depressed.
Itu apa yang aku rasa sepanjang tahun bergelar senior dan tahun bergelar pimpinan BADAR. Mungkin orang nampak selfish bila kita rasa nak buat itu dan ini. Tapi tidakkah mereka tahu kita buat kerana ingin merubah, kita buat kerana ingin menggalas amanah. 

ASRAMA.
Truly a nightmare pabila pandangan 'YOU ARE NOT BELONG HERE' muncul di kornea helang mereka. Benar, itu tahun pertama aku di sana. Tapi mengapa perlu dicipta jurang antara BUDAK ASRAMA BARU dan BUDAK ASRAMA LAMA ? Bukankah mashoor mendidik kita sebagai satu usrah ? Keluarga ? Salah tarbiyyahkah kita disini ? Atau salah aku kerna menumpang ?

Sungguh aku tak faham. Aku hanya menjalankan nama pengerusi BADAR yang diberikan. Malah ini bukan pintaku. Tidak, aku tidak salahkan sekolah kerana kami sama-sama dididik di bawah satu bumbung yang sama. Cuma kita yang perlu memilih. Beginikah atau begitukah ? Satu aku pelajari, hatta di bawah satu naungan, manusia ini banyak ragamnya. Maka, banyaklah kepala hotaknya yang harus aku hadapi, kau hadapi dan dia hadapi. 

Prestasi akademik merosot. Benar, itu salahku tidak dapat membezakan hal peribadi dan hal sekolah. Benar, itu salahku tidak mampu membawanya bersamaku tetapi menjauhinya dariku. Benar, itu salahku tidak mampu berkata jika ditanya cikgu tetapi cuma diam menikus. Kerna tidak semua kisah perlu orang tahu. Tidak semua masalah perlu diselesaikan. Biarkannya lenyap agar akal tak berselirat dan otak tak berserabut. Biar mereka fikir, biar mereka kata. Kerna semua berhak berpendapat, kerna semua berhak bersuara. Mana mampu aku diamkan mulut manusia. 

Jelas, cara paling senang. Keluar. Keluar dari ruang lingkup masalah dan belajarlah dengan tenang. Bukan lari, cuma menjauhi. Buat apa perlu menyendeng pada yang tidak mahu dan buat apa perlu menanti agar mereka menerima kehadiran ini ? Masa itu Tuhan bukan untuk dipersia. Berambuslah.

SEKOLAH.
Tidak banyak untuk dicerita kerna masaku lebih di asrama. Cuma satu nak kuungkap. Terima kasih kawan kerana tidak lupa dan kerana masih menegur aku. Biarpun kita makin renggang. Sungguh, terima kasih. 


*****

Detik memorabilia. Ada suka juga duka. Mengapa perlu dibuang yang duka jika ia menguatkan kita ? Mengapa perlu disimpan yang suka andai kelak timbul riak ? You choose. 

They're most memorable moments of 2k15.


Past made me who I am now et in future

hyper-mind, hyper-us
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 
Credit : Kyu
 
 
Questions been asked lately;
Where've you been ? 
Lama menyepi.
Busy sangat ke ?
 
 
Answers;
School.
Yeah.
Kinda.

I am. Hostelite in senior year. Senior of the very new building of AIGS. Huge responsibility, bunch of risk and tears of sweat.  
 
PENAT!

Atas dasar seniority, pengorbanan santapan harian. Tenaga. Masa. Nak betulkan yang salah dan biasakan yang betul memang tak mudah. Nak hapuskan biah assobiyah juga tak mudah. Apalagi nak wujudkan biah islamiyyah atau ukhuwah lillahi ta'ala. Sungguh, memang tak mudah. But, we see no impossibilities.

Kadang, ada yang berjumpa waktu prep.
Kadang, ada yang bertanya itu ini waktu makan.
Kadang, ada yang mengadu itu ini waktu nak tidur.

Bukan mengeluh. Ain't. Cuma ingin berhikayat. Sungguh, tak pernah terlintas seniority's so hard. Tak pernah kisah pun actually. Sehinggalah satu persatu masalah datang dan satu persatu penyelesaian hadir. Untuk bergerak seorang diri, memang tak mampu. Syukur Tuhan kurniakan teman. Teman yang saling bermusyawarah demi kemaslahatan bumi Almashoor. Teman yang saling ber-ijma' demi masalah adik-adik. Teman yang saling menghormati peribadi masing-masing. Dan teman yang saling melindungi andai dilukai. Bertuah aku.

Seniority memang susah. 
Macam anak sulung.
Macam aku peh.

Salah sikit, kita kena.
Adik buat, kita kena.
 
Bukan mengadu. Ain't. Cuma ingin berhikayat. Aku anak sulung. Aku tahu dan aku faham sangat kenapa senior yang akan kena. Sesungguhnya, contoh teladan dari yang tua membentuk akhlak yang muda. Maka, tenaga dan masa memang terkorban. Demi kasih dan sayang towards this sisterhood.

*First three months dulu dapat MC, written hypertension. Dapatlah cuti tiga hari. Betapa heaven bila balik rumah, dapat phone, tv, laptop, eskrem, baby-boo, katil, dart-port pehpehpeh. 
 
 
----------
 
Jatuh dan dijatuhkan.
 
Jatuh. Bangkit. Ulang. Cliche'.
Jatuh. Bangkit. Dijatuhkan. Hurts.

Mata yang melihat,
Telinga yang mendengar,
Mulut yang menyebar,
Kau fikir itu benar ?

Kau lupa, kau manusia.
Setinggi mana darjat kau, kau tetap manusia.
Kau pelupa. Kau punya dosa.
Persis aku. Persis mereka.

Dengan kuasa, kau jatuhkan mereka.
Dengan darjat, kau remehkan mereka.
Melalui mata, telinga dan mulut yang dusta.

Kami jatuh. Dan kami bangkit. Andai dijatuhkan lagi, kami tetap akan bangkit!

Hyper-mind, hyper-us.
Batch 1998. Fivers of AIGS '1115. Breaker of AIGS book of records.



-Lord's-
13/6/2015
Copyright reserved.

 


PADAM.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Credit : Abah


Padam. 
Segala memori.
Segala anasir.
Segala duka.

Orang kata, perempuan complicated. Pendam memang lumrah. Luka usah dikira, sumpah banyak. 
Aku tahulah, dah aku pun perempuan.

Cakap ikut emosi, yes.
Bertindak ikut emosi, pun yes.

Sampai kadangkala, tak sedar diri ini tersangatlah annoying dan mulut puaka. Tak reti duk diam, asyik mengata. Tak reti pikir, asyik bohong.

Betul, itu aku. Betul, itu manusia. Dan aku yakin kau juga sama. (Kalau tahap alim wa alimah terkecuali)

Orang menegur, aku diam. Orang kata aku sombong tak dengar nasihat.
Orang mengata, aku baran. Orang kata aku pendek akal tak reti sabar.
Orang mengutuk, aku balas. Orang kata aku kurang ajar tak sopan.

Alah, kau exaggerated. 

Diam tak bermakna aku tak dengar.
Baran tak bermakna aku tak sabar.
Balas tak bermakna aku tak sopan.

Aku remaja. Kau tahu apa sifat remaja ? Memberontak ! Alah, jangan tipu, kau juga pernah membantah, pernah membalas. Kerna kau juga pernah menjadi remaja. 

Tolong fahami aku, dan insyaallah aku fahami engkau.
Kita manusia, sesama insan, masing-masing pelupa. Mana pernah sempurna pun. Apatah lagi tak pernah berdosa. Ah, tipu. Sealim, sewarak mana pun kau, pasti ternoda juga.

Maka, aku mohon ampun, mohon maaf. 
Atas dosa, atas kata.
Kerana aku manusia.

Mohon padam, mohon lupa. 
Moga Tuhan memberkati.

A champion is someone who gets up when he can't. 




TAKUT.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Credit : Abah

20/09/2014 ; 09:17

Aku bangun pagi dalam keadaan yang sangat penat, sangat letih. Bagaikan malam tadi terlalu lama, lama sehingga aku terlepas Subuh. Damn. 

Pening dan takut. Itu yang aku rasa zahir batin tepat mata mencelik. Memang dah siang. Siang yang biasa. Cerah dengan matahari yang menyinar. Angin sepoi-sepoi lughah menyapa. Lughah ? Ah, lupa. Again. Aku dah lambat ke kelas Arab. 

Akal dalam dilemma, otak masih mencerna. Mimpi yang panjang tadi sangat ngeri. Terlalu ngeri, sehingga aku sendiri terjaga dengan badan berpeluh-peluh. 

Ini kali pertama. 
Dalam enam belas tahun, mimpi bukanlah suatu yang ganjil. Tapi mimpi yang tadi, yes sangat ganjil.

*****

Aku pulang ke rumah, entah dari mana. Nak kata lewat, tak juga. Hari masih siang, cuma langit yang mendung. Sedang aku berkerut-kerut melihat langit yang bertukar gelap, oyen menegur. Entah kenapa dia ada kat rumah aku pun tak tahulah. Aku tak ingat soalan apa yang ditanya, yang aku tahu dia terus ke dapur dan biarkan aku disitu. Merenung langit yang masih pelik bagiku. Mendung ? Itu biasa, petanda nak hujan. Tapi ini bukan mendung biasa. Malah, langit terlalu gelap dan keruh seolah-olah bersedia menghadapi kemusnahan. 

Aku takut. Sungguh, waktu itu hati berdebar-debar menanti apa yang terjadi. Satu perasaan takut yang terlalu takut hadir. Ini bukan main-main sebab aku memang jarang nak takut. Sedangkan malam pun berani mencari si hantu. Tapi ini bukan takut sekadar takut. Takut yang amat sampai aku hampir pengsan melihat sebuah kapal terbang sednag menjunam ke dalam laut. Laut ? Bila pulak rumah aku ala-ala kat Batu Feringghi ? 

Aku lihat sekeliling. Kenapa orang tak berlari ? Meminta pertolongan atau apa sahaja. Ini terlalu pelik. Aku menjengul ke luar tingkap. Orang yang berada sekeliling pantai seolah-olah berada dalam dunia sendiri. Seolah-olah tak melihat kapal terbang yang hampir terhempas. Eh wait, kenapa masa seakan terhenti ? Kapal terbang yang terhempas berhenti seketika, tepat pada mata kepalaku. Kapal yang sedang menjunam jatuh, behenti ? Sekadar sesaat agar aku dapat lihat betapa dasyatnya dan teruknya kapal itu musnah bersama penumpangnya. Takut. Itu yang aku rasa. 

Kapal sudah jatuh menyembah lautan. Dengan bunyi yang terlalu nyaring sampai nak pekak teling aku. Tapi orang sekeliling ? Masih normal, menajalani hidup seperti tiada apa yang terjadi. Aku hairan. Aku takut. Langit masih gelap, terlalu gelap. Air laut sudah keruh dan badan kapal bersepah-sepah di muka air. Mayat berlimpangan merata-rata. Aku pelik.

Pokok banyak yang dah tumbang, hampir 90 pertaus agaknya. Sempat aku berfikir, mana nak dapat oksigen ? Aku melihat ke kanan dan ke kiri. Benar, aku rasa dunia nak musnah. Melihatkan kemusnahan depan mata-tak-sedar aku (yakni dalam mimpi) aku sangat pasti ini bukan war antara negara atau bencana alam biasa. This is not normal okay. Too abnormal to be seen. 

Terkelu dan terkaku.Itu yang aku rasa pabila, tiada siapa di rumah aku. Cuma aku dan oyen. Dia nampak gelisah tapi riaknya tenang. Keadaan di luar rumah tetap sama, makin banyak kemusnahan yang terjadi. Jam demi jam, air laut makin surut. Surut yang bagaikan tidak akan berisi lagi. Dan aku berfikir, mana nak dapat air lepas ini ? Macam mana nak hidup ? 

Aku dah tak ingat apa yang aku lihat dengan mata-tak-sedar, sebab aku sendiri rasa macam nak jadi buta je. Tak sanggup nak hadap apa yang terjadi di luar, lekas-lekas aku masuk ke bilik air. Ambil wudhu' dan bersiap nak solat. Tapi aku terhenti. Aku kalih pada oyen dan bertanya "Apa yang tengah terjadi ni sama ke dengan apa yang akal aku tengah pikir ?" Oyen balas. "Aku rasa ya." Dia macam boleh agak apa yang aku fikir dan rasa lantas dia tepuk bahu aku dan berkata "Jangan risau, jangan tinggal solat." (lebih kurang macam ni kut ayat dia, tah aku tak ingat)

Aku teruskan. Ambil wudhu dan bersiap nak solat. Tapi... solat apa ? Hari masih siang dan aku sangat pasti Zohor dah lepas, tapi belum Asar. Baru aku sedar,  aku tak pasti sekarang waktu apa dan pukul berapa. Aku angkat tangan melihat jam yang kupakai. Tepat menunjukkan angka sembilandan jarum jam mati. Pehal aku pakai jam mati, bodoh ! Aku kalih pada jam dinding. Juga mati. Aku dah marah-marah. Adik tinggi saja nak tukar jam pun malas. Entah kenapa terdetik nak marah adik yang tinggi daripadaku itu. Saat ini baru aku tersedar, mana orang rumah ? Takkan dunia begini pun masih berjalan di luar. Sungguh aku hairan. Ah, lantak. 

Aku solat. Entah solat apa pun aku taktau. Elok dah habis bagi salam wajib, tiba-tiba aku dengar bunyi letupan. Bukan bom. Itu bukan bunyi bom. Aku kenal bunyi bom, tapi itu benar-benar bukan bunyi bom. Lagi dasyat dari bom. Seolah-olah ada orang di atas yang memetir tanah di bumi. Orang atas ? Kali ini aku sedar, mana mungkin manusia yang berbuat demikian. Pasti ini kerja Tuhan yang Maha Berkuasa aku lekas-lekas menjerit panggil oyen. Sungguh, aku takut. Punyalah aku teriak, dia tak muncul tapi yang munculnya umi (mak akulah). Elok saja umi datang. Memang aku perlukan mak aku sekarang.

Memang sunguh-sungguh macam budak kecik yang ketakutan aku tarik telekung dan peluk mak aku. Sungguh-sungguh menangis sampai habis air mata agaknya. Aku cuma dengar umi kata "Jangan tinggal solat." Dan lepas tu, semuanya gelap. Sedar-sedar je aku dah buka mata. Semua kemusnahan yang tergambar mula hilang. Cuma, bayangan kapal terbang tu terhempas memang tak hilang dek ingatan.

Satu persatu benda ngeri aku nampak dengan mata-tak-sedar. Sungguh, jikalau aku tak bangun, nescaya itu bukan sekadar mimpi. Memang aku juga rasa itu bukan mimpi, kerna aku seolah-olah berada dalam dunia realiti. 

Srs, aku takut. Aku pening. Aku buntu. Akal tak henti-henti bertanya 'Apa ni ?' Tapi hati kuat mengatakan, dunia bakal musnah. Soon. So soon. 

*****

Aku bangun dan lekas-lekas keluar bilik. Handphone bunyi, Adilah telefon. "Hang kat mana ?" Aku tengah pening-pening jawab "Aku tak pi kelas Arab kut. Macam nak demam." Sungguh, macam nak demam. Tapi sekarang dah okay dan aku tengah makan aiskrim rainbow. AKu masih dengan degil aku, annoying aku, garang aku. Dunia masih normal. Tapi... andai suatu ketika memang semuanya tak dapat dihentikan, berbaliklah pada Tuhan. Allahu rabb.


TOLONG. Jangan tinggal solat dan terus berdoa. Ini bukan atas rasa sixth sense aku, tapi sungguh dunia memang tak lama. Semua ini bakal musnah. Entah bila, cuma Dia yang tahu. 



Life never begins
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh 


Hidup.
Ada dua laluan, dua simpang, dua kehidupan.
Yang senang tetapi memeritkan.
Dan yang sukar tapi membahagiakan.

-Quoted 27/9/2013-







Draft
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Hi, am back.
Nothing much, just...
Kinda busy. Kinda lack of idea.

Say hi to KISAH AISY !

Am gonna hide for a long long time.
Bukan hape, memang life tak live langsung.
Nak kata busy, hiperbola mengalahkan Mr. PM.
A bit exhausting life am living. Nah, again hiperbola.

Am on retreat. 
Retreat in and out.
Heart and mentality.
So physical and behavior.

Till then, KISAH AISY sure to accompany. 
Adios.


AISY : BELUM TIBA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

credit to whoever it is


"You should've said no." Bantah adik.

Aisy sengih. Sinis.

"Kau dah terkena Taylor's curse ke hape ? Sokay baby, am not into Taylor Swift."

360-degree-eyes adik mengatakan "Duh, so not funny lah kakak."

"Back off." Dan dia berlalu.

You should've said no. You should've said no. You should've said no. Naah, I shouldn't. 

SMKA. 
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. 
Agama.  

Wasn't her first choice tho. Never be once. 

Dalam hati memang meradang. Rasa nak dipecah segala kaca. Nak dibaling segala barang. Nak diconteng merata tanda tak puas hati. Apakan daya, dah dia memang jenis amenable, lagi-lagi arahan dari abah.

ARAHAN.

Ah, semua yang keluar dari mulut abah bukan permintaan atau cadangan. More to you-have-to-agree-by-hook-or-by-crook. Dan mana pernah dilawannya.

Apa, pilihan ?

Mana pernah ada yes or no dalam kamus dia. Kalau diberi thesaurus atau oxford atau collin pun belum tentu yes or no itu menjadi pilihannya.

Tiga tahun di SMKA...

Suka.
Duka.

Semuanya pernah.

Hipokrit.

Rasanya, itulah diri dia selama tiga tahun di SMKA.
Depan cikgu, baik bicara. Belakang, kemain kalah setan.
Bila berkawan, memang okey. Bila gaduh, kalah World War II.

Dalam tak suka, Aisy masih stay. Stay sado gitu.
Dalam tak yakin, Aisy masih diam. Tanpa tutur kata.
Dalam tak senang, Aisy masih tenang. Dalam dunianya.

SMKA.
Tak mudah dan tak sukar.

Masalah disiplin terbesar : fly asrama, atau ponteng sekolah, atau pecahkan tayar cikgu, atau conteng dinding tandas, atau buli kawan, atau bawa benda haram...

Benda haram tu yes, but minor problem.

Nope.

Masalah disiplin terbesar dan majoritinya...
Bawa novels,
Berlari di koridor,
'Mengukur' sekolah, 
Minat senior et junior,
Ada geng, katenye lead to sifat assobiyah
Lipat tudung et angkat tudung, tudung dak dak SMKA kan lelabuh

Et cetera, et cetera yang mungkin orang kata huk aloh small matter je kut.

Heh.
That's SMKA, whadda ya expect huh?
Different culture, different surrounding, different schedule and etc.

SMKA NO HARM. I REPEAT NO HARM AT ALL!

Itu yang Aisy fikir. Itu yang Aisy buat. Itu yang Aisy rasa.
That's y she's still sado.

Kerana satu. Dia rasa...
Dia lain.
Sangat lain.
Ini bukan dia.

SMKA.
Mentality berbeza. 
Mentality berbeza lead to...

Jyeah, Aisy betul.
Masanya belum tiba.
Apa yang ditunggu belum tiba.
Ujian ini cuma tahap beginner saje.

Dugaan belum datang. Ujian sebenar belum tiba.

Dia pasti.
Kerana dia masih hidup.
Sekentalnya-tidak-terpesong.

Belum tiba.




To be continue...




























Salam Maulidur Rasul
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

#SalamMaulidurRasulFor 

Ikhwah wa akhowat,

Salam Maulidur Rasul. 12 Rabi'ul Awwal tahun gajah. He was born. The Prophet Muhammad s.a.w. Tho, it's a short-late entry just a thing to remind, please do deeds and always remember Allah and His messenger.
Apa pun on this good day, banyakkan berselawat ke atas Rasul sallallahu 'alaihi wasallam. Dear Prophet, we miss you. May Allah bless Prophet Muhammad s.a.w. 

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wasallam



Science Stream ? Great .. kot
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh


The most 'lullaby-subject' I guess.


Hello fellas,

2/1/2014. Peh, an Akhtarian ? Dah suku bab cells, derived quantities, scalars and vectors even naphthalene experiment pun I did. Still, I'm in a dilemma duh. A week of school, balik rumah ngadu kat umi ;

"Mi, kelas science sakit kepalalah."
"Mi, today orang tertidur dalam kelas bio, bosan kot."
"Mi, science stream scare me to death."
"Mi, orang bukan nak jadi doktor." 

Science stream ? Naah. So-so lah. Bukan nak kata tak minat, dak aih. Cumanya, quite .. not sure. Setakat Physics and Chemist tu boleh tahanlah. Basic subjects tu memang takyah cakaplah. Before pun pernah belajar hape, nak havoc sangat pun tak perlu kot. But bio nih gua lemah sikit. Lagi-lagi bab hafal itu-ini. Eh, otak aku tak sampai megabytes pun kot memang tak tera lah nak ke arah 'study of life' nih. Baru cikgu explain chapter cells in plants and animals gua tersengguk-sengguk 'berzikir' kat belakang. Entah apa plasma, membrane itu-ini, golgi apparatus lah. Dengar memanglah dengar. The thing is semua info tuh masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Cantik punya flow, huh. Almaklumlah, crowded sangat 'cause gabung Akhtar and Abqar. Maunya tak lena, lagi-lagi bilik media yang uh .. sangat nyaman 'cause of the air-cond. Ceh. That's the cons kot. Pro-nya, best jugak kelas science nih. Ahaks. Banyak subjects means banyak A's yet banyak jugaklah brain aku nak interpret data. Okay wadever. Best hape, dalam slip result SPM nanti ada 11 A. Hoh, amin insyaallah. Bi idznillah. Why 11 ? 'Cause I bukan ambik science stream je. Science stream + agama. SMKA kens. Few days, I thought for a while. Rewind convers dengan umi.


And the conversation begins ;

"Then, you nak jadi apa ?"
"Engineer. Eh, tak businesswoman kot. Naah, lecturer ! Tapi .. translator pun best kan."
"See, nak jadi apa pun you taktau. Masuk science stream, you can go anywhere."
"Umi tahukan orang tak minat science. Phewww, migrain mi."
"Then, you minat apa ? Engineer more to physics ya know."
"I know. Tapi orang more to bahasa, sastera gitu."
"Apa dalam science stream tu takde belajar bahasa ke ? BM, BI ada. Arab pun ada. Lagipun, you nak drop Physics ke ? Bukan suka ke ? Tak ke sayang kalau drop."

Stunned kejap.

Ha'ah kan. Masuk science stream tak harm apa pun yet banyak pro daripada cons lagi hado lah. Nak drop subject memang taklah. Mashoor pulak nak bagi drop subject kens -.- Yang hado pun either science stream agama or account agama. Besides, main ambition mmg nak jadi engineer, of course kena struggle. Eheh, me making fuss, memang tak terpisah.

Adios.

It may be you dislike a thing that's good for you and may be you like a thing that's harm you


A year past
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Fellas,

2013. Nak dicerita kisah suka-duka-lagi-kelakar-bertambah-luka memang takkan habis sampai esok hah. I was 15. And I was young. Eh dak. I memang young hokey. Perangai pun masyaallah, so-so lah. Tak baik tak nakal. Eh nakal kot. Oh, missing the 'cuci koridor' moments setiap waktu ko-k. The ponteng kelas tambahan moments. The 'simbah-air-tepung' moments. The "Hello, aku cakap dengan dinding kot." moments each time buat announcement dalam kelas. The gaduh-baik-gaduh-baik moments. The Langkawi moments. And I miss our jobs ! Iltizamians, ingat dolu-dolu kita jadi event planner, cleaner *toilet, koridor, kelas, astaka*, driver boat, businesswomen and etc etc. Ahaks. Ahaks.  

Huwahuwahuwa. New year. New people. New surrounding. New age. New that, new this. And new me ? Ohoh. Naaah, same me but a better one Insyaallah. Lalings, you too okay ? Nak kata tahun baru, lama dah tahun baru. Awal muharram tahun baru umat Islam, ye dok ? Janganlah disambut tahun baru masihi ni macam perayaan ye, dikatakan haram kerana bukan perayaan umat Islam. Kamu-kamu, jangan lalai. Jangan lagha. Jangan terkebelakangan ala-ala jahiliyah dolu-dolu hah. Doakan aku. Doakan dia. Doakan mereka. 

Btw, mu punya new year kat sana nuh yang dok maksiat-maksiat ke ? Aish, na'uzubillah. Jangan, jangan, jangan k. Hampa mai Penang dak ? UAI hado hah. 20 ribu lebih #katanya  wuwuwuwuwuuuuu. Gua live streaming je hah, jammed hoih. 18k people watching it duh. Kelakar pun kelakar. Alhamdulillah banyak ilmu dapat. Actually, gua agak berat hati nak melangkah dalam era 2014 nih. Lemah lutut rasa. Asal lalu kedai-kedai ada saje 10 sen, 20 sen naik. PM, kasi turun hargalah. Manyak susah mau hidup wo. Dolu-dolu aiskrim saya beli sehengget je k. Lani sehengget tiga kupang lah lima kupang lah. Okay, okay don't bash.

Wallahu'alam. Adios.

'Cause saying goodbye hurts. So bonjour 2014 !





Again. Propaganda.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Blog de Beethoven-crache-sur-Bac - You sometimes think you want to disappear, but all you really want is to be found. - Skyrock.com 
Credit : weheartit.com

Sigh. Told ya I hate propaganda brotha.
Please please oh please. Stated 'Proganda tak dibenarkan'. Do you by any chance don't understand or what huh ?

Anon-not-so-anon,
Good thing that I know you but may not know better than He do. Cuma nak cakap, beware. Tak semua apa yang keluar dari mulut kita diterima orang dan tak semua kata-kata orang kita terima ye dok ? Aku pun bukannya baik sangat. Banyak kali jugak orang terasa. Ya know people ain't perfect. Tapi satu benda yang aku belajarlah. Lemme tell you this, bear in mind k.

Ada tiga jenis orang dalam situasi soalan inche tu ye.
Firstly, orang yang mahu tapi tak mampu.
Second, orang yang tak mahu walaupun berkemampuan.
Third, orang yang berkeputusan atas dasar tahap kemampuannya.

Aku bukannya baik sangat sampai tergolong dalam jenis yang kedua dan ketiga. Kadang tersasar jugak dalam jenis yang pertama. Cumanya, aku tahu bila aku perlu fikir semula dan semula. Boleh jadi satu hari aku teramat baik dan boleh jadi satu hari aku teramat nakal. Hati gua tak tetap jugak bro. Kerana Dia Yang Maha Membolak-balikkan Hati. Soalan kau tu memang bikin gua sentap. Bukannya aku tak nak jawab soalan tak bertapis kau tuh, sudahnya aku makan hati. Kang terbalas lain jadinya.

"Dapat straight A mak ayah bagi apa ? Takkan tak bagi apa kot."

One question. Apa perlu kau tanya soalan cenggitu ? Tera nak jawab soalan tu bolehlah lagi. Boleh je aku jawab 'Belum lagi kot.' atau 'Tak tahu lah.' atau 'Taktau nak minta apa.' atau 'Kena bagi ke ?' Tapi statement last kau tuh buat aku rasa, aiyo bro lu silap compile sentence lah. 

Bukannya aku baik sangat sampai tak meminta, tapi serba serbi rasa menjelma tahu. Kang terminta terpaksa menyusahkan umi abah pulak kan. Mampu atau tak itu soal lain. The thing is, aku baru bagi straight A. Itupun baru dalam PMR. Baru 15 tahun hidup, setakat result tuh nak dibandingkan dengan umi abah yang hidup berpuluh tahun bela aku memang tak tertandinglah. Ada hati nak meminta ye dok. Again. Aku tak cakap aku baik, tapi dah Allah bolak-balikkan hati aku. Memang aku ada meminta, sungguh memang ada. But I changed mah mine. Lagipun He knows better. Kotlah benda yang aku nak tu bertambah memudaratkan aku ke apa kan. Mana tahu esok lusa dapat yang lagi baik, kan. 

So, aku rasa better soalan tak-berapa-sedap-nak-dengar tuh kau tanya aku sorang sudahlah. Jangan ditanya pada org lain ye. Aku pun hangat-hangat tahi ayam je gagah tak menyerang. Dibuatnya aku meroyan, memang tak menahan kau kang. Mungkin niat di hati nada kau lain, tapi yang keluarnya lain. Aku faham, aku faham. No one's perfect a'ite ? Maaf jugak kalau aku tersalah sangka.

One thing people, bukan untuk kau je, untuk aku dan untuk semua. It's about 2014, takkan nak kekalkan akal-tak-berapa-nak-matang kita tuh ? Asal dapat result bagus je memang wajib ke minta something kat parents ? Soalan cenggitu di abad ini, aku rasa lame lah. Nak dijadikan budaya ke hape ? Delete. Delete. Delete. Tak kata pun bagi hadiah tu salah. In other way, some parents bagi as appreciation. Tapi tak eloklah kita nak meminta kan. And others, mohon janganlah ditanya soalan cenggitu. Boleh jadi orang yang "don't care" tetiba jadi "care" terlebih pulak. Let say, dia memang bukan jenis yang meminta and tak kisah pun dapat ke tak dapat apa pun ke. But one day this person said the thing you said. And dia jadi "Haah why selama ni mak ayah aku tak bagi apa pun ?" Kang dia jadi orang yang meminta pulak. Sigh. Wise once said 'Memberi lebih baik dari meminta' rite. 

Huish panjang lebaq. Akhir kata, stop propaganda-ing okey ? Say 'Okey' tau. Dengar tau. Ingat tau. Propaganda is never good hokey. #AntiPropaganda #SayNoToPropaganda Tajdid. Tajdid. Tajdid. 

O Allah, give me strength. Give them strength. 




Allah's gift
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jangan nak memandai buat tumbesaran ye


Morning sayangs,
Alhamdulillah, syukur lillah a day before result PMR dah pun keluar. Dengan terketaq-ketaq tunggu 'sepatah dua kata' and stuff as analisa segala bagai. Hah, tetiba cikgu nak umumkan keputusan 7A-9A. Pfftt, jangan ditanya mengapa ada 9A. We took Arabic. Tbh, waktu jawab exam dua paper yang aku rasa macam haiyo kalau boleh nak je dibakornya. Dah renyuk pun. 

First, Mathematics. Masyaallah, taktau nak kata. Bagi org "Soalan tulah paling senang." Bagi aku "Amenda dia nak nih, tak pernah-pernah keluar soalan cenggitu kat bahagian SIN COS TAN." Masa tu mmg *poooff* Blank habis. Rasanya aku tinggal dua soalan, taktau nak jawab apa. Dahlah about 4-5 marks. Sigh. 

Second, tertanya-tanya "Eh, soalan ni ada jawapan ke ?" untuk paper Arab. Taktau kenapa rasa sengal gila time tuh. Sebab soalan Arab bahagian isti'ab mmg tersirat memanjang. Tersurat pun dua-tiga soalan je. Naik semput perah otak. Translate one word to another. Peh, mmg frust baq hang. Nak buat cemana, takkan nak tinggal. So, jawab jelah. Agak-agak meaning words dalam mind mcm sama-je-bunyinya. #IfYouKnowWhatIMean Haiyo, seriously in a win-lose situation. Kalau betul, betullah. Kalau salah, salahlah. And, boleh pulak idea ke-sengal-an aku muncul di waktu genting sebegitu. Ada about 15 minutes lagi, tapi iman punyalah tak menyabar. Entah cemana gatal tangan ambik pembaris cancel insya' yang dah siap dalam 45 words tuh. Allah .. Konon takmau rasa bersalah sebab terbuat kerja 'tak-pakai-otak', dalam hati dok kata "Alah, tak cukup words nih. Tambah sikit bunga sini, bunga sana." Insya' baru memang lain giler. About 60 words pulak tuh. Hadoi.

Tetapi, hari ini tepat entah-pukul-berapa #Alhamdulillah was announced as one of  dot candidates. Target tercapai jugak. Punyalah ketaq, sebab mmg terkejut-terkejung-terkesima-terpaku-terkelu-segala 'ter'. A feelin' like tak-expect-but-mengharap. Itu yang aku rasa. Tak expect for that amount of A's. But still mengharap and dalam otak mmg dah kata I MUST GET dot A ! See, macam tah pape je. Usaha tak tera mana pun, harapan melebih. Eheh. Manusia ken. Mestilah nak lebih. Moment trial dolu-dolu 6A je kot. Lagi-lagi Maths and Sejarah waktu tu memang B teruk punya, B belakang-belakang. Hah, jauhlah nak dpt A nye. 

Aturan Allah. Wallahu'alam. Dulu pun bagi, sekarang pun bagi. Allah sentiasa memberi. Kita ni bila nak buat sesuatu ada ke pikir nak lillahi ta'ala ke nak selfish ? Aish. Ask yourself keh. Myself too eheh.

Credit time :
Thank you Allah.
Thank you Umi & Abah.
Thank you Asatizah.
Thank you Adiks.
Thank you Nadiah, Oyen, Mai, Parvin, Kiah, Zati, KD, Munie, Su, Faina, and all and all and all.
Thank you kawan and acquaintances. 
Thank you sedara jauh sedara dekat.
Thank you everyone & anyone.
Thank you.
So much.
Love you all to the moon and back :*

Nota kaki :
And Mashooq's or so called Mashoorians. Students of SMKA (P) AlMashoor 2011-2013, thanks for your support and congrats !
42 - 9A
21 - 8A
12 - 7A
All out of 96 candidates, we achieved what we deserved.  

Panjang lebaq je aku post, ngarut banyak. Kot lah result SPM ke hape kan. Alah, alah let 98's enjoy the happiness lah. Walaupun hanya sementara, kehkehkeh.

Remember Him and He'll remember you. Do what He command and He'll give what you want.



What's that feeling's about ?
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Christmas time 
Credit : weheartit.com


Tiada. Tak pernah ada. Walau sesaat. Tak pernah berhenti. Seakan tiada break yang dapat menghentikannya.

Yeah, its' the time

Jam terus berdenting. Biarpun bateri mati, waktu terus berjalan. Berlari mungkin, 'cause I feel like time's running so fast yet I'm not ready for tomorrow. And tomorrow and for another tomorrow. Grrr, I'm completely not ready. Not so ready for the new day and another new day. 

Nak kata takut cliche sangatlah. Siapa je tak takut time ambik result ken ? But but .. ya know that's not it.

Rasa dia cenggini hah ..

What if aku tak dapat straight A's ?
What if aku tak qualified untuk semua permohonan tu ?
What if aku hampakan 'derang' ?
What if aku tak dapat nak hadapi each level of ujian ?

It's not about that 'What if' actually. Tapi rasa macam .. haish ya know that feelin' ? Herrr, nak kata menyesal .. deyy you should menyesal before you enter the examination room k. Haiyoo, masalah betul.

Orang tanya ..
"Hang tak takut ka ? Khamis ni kot. About how many days je kot. Haish."

'Cause I sounds like ..
"Selama 9 tahun aku ambik exam, perasaan yang samalah time ambik result. Macam tak pernah mu nih."

Sigh. But what I actually wanna say was ..
"Ingat aku hati batu sangat sampai tadak perasaan. Ofkos lah takut sikit, nervous sikit. Kalau dah tengok hindustan pun meleleh apatah lagi kena tuduh pun marah takkan takde rasa takut kot ken. Gua manusia beb. "

Tapi kan. Thought of something that kan lebih baik nangis kita, takut kita lillahi ta'ala. Apa pun yang bakal jadi or dah jadi semuanya kan dah ditakdirkan. Why pulak kita nak kena ada those 'mengarut' feelin'. Ain't ? Reflect balik diri sendiri. Tenang, tenang, tenang and get rid of those feelin'. Insyaallah, our fear is ONLY to Him.

So what about you ?

My sincere notes ;
Good luck to 98's. Semoga Allah memudahkan segalanya. And to Mashooq's batch 98, moganya semua 96 orang candidates berjaya dapat 9A's for PMR. Duh, teringat dolu-dolu kita cakap nak 98 orang 98's of Mashooq dapat 9A's. Malangnya 2 orang dah pindah, lehai bukan rezeki. 

 I'm just be me. Not perfect enough but trying being better.


New look !
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Lovely 
Credit : weheartit.com


Dearies, 
Yay, blog dah upgrade. Hacewah. New look ! Sebenaunya nak buat fully renovate tapi nak tunggu 2014 menjelma lah. Eheh. Actually, tengah blur tahap gaban tak tahu nak buat gapo. Setiap saat tenung jam je kot. Erk, life budak PMR memang cenggini ke ? Menanti keputusan je lah. Dahlah buku teks apa pun tak dapat. Bebudak lain balik rumah bawa buku teks, kitorang bawa kotak pizza. Lol. Lifeless yang amat. Kalau tak tidur bergelimpangan dalam surau konfem melantak je kat sekolah. Sigh. Eh melalut pulak dah. Kbye. 

-Nak exchange link ? Ask me keh.
-Melody : Fading Flower by Yuna

Have a nice trip here ♥

OWN POST : I'M A TEEN
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Cause' I'm a teen. So, I act like one. Being childish is one of 'em rite ? Mianhe. Sorry. Asif. Maaf. Desole. Sumimasen.

A teen. Hidup tak lama, buat-buat reti. Baru selangkah dalam kehidupan, buat macam hidup seratus tahun. Jiaaaaa, bukan niat nak meninggi. Bukan niat nak menunjuk. Bukan niat nak over-act. Sungguh, tanpa niat.

Kerana aku 'a-teen' atau 'budak-budak' lagi, tak beerti aku tak mengerti. Hah kan dah terkeluar ayat seribu belit. Maaf sekali lagi, saya berbahasa memang kasar, biarpun sedar diri ini kerdil, lagi lemah. Kasar saya ada makna. Kasar saya ada guna. Jangan disalah-erti. Jangan berdendam. Aku ni memang tahap selamba 'all-out', Takde tinggal-tinggal, keluar terus apa yang tak-puas-hati. Memang teguran biar berhikmah, tapi tak semua perlu disertakan dengan hikmahnya. Dah kalau tegurnya tak didengar, I bet you'll comprehend my sarcasm. Better ain't ?

That's it. Well done elder. You made me realize that I'm just a fifteen-years-old-teen. Not gonna lost respect on you.


Age meant nothing. Act like wise, people. Go beyond, stand beyond, act beyond.

Who want these ?
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Postage Fee
SM - RM5
S/S - RM7

Items purchased up to RM80
SM - FREE POSTAGE
S/S - RM4

K-Sweater
1 for RM50
2 for RM90

Printed Tee
RM25-RM30


Grab these now ! Visit us on facebook and instagram to look for other awesome items.

Contact : 019-4021049 Whatsapp / Wechat / SMS




Older Post | Newer Post